Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Abd Raai Osman

Kuasa Doa

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Terbitan pertama: Jun 2021- 

Perhargaan Buat:

Isteri dan anak-anak menatu
Sahabat-sahabat di UKM yang sering melawat saya ketika mendengar saya dimasukkan ke hospital.
Doktor Jururawat Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.
Kakitangan Pusat Rawatan Dialisis Bandar Baru Bangi, Selangor

Diterbitkan oleh Haji Abd Raai Bin Osman P.J.K 
Penyunting: Selamah Bte Nekman
Emel roraai212@gmail.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kandungan

MS 3 Pengenalan
MS 7 Khabar Duku
MS  10 Rawatan 
MS 13 Pembedahan Terbuka
MS 9 Penyisatan
MS 13 Pembedahan Terbuka
MS 15 Kita Tidak Sedar Sedang Sakit
MS 20  Ku Rasai Derita Tanpa Suara
MS  35 Allah Yang Menentukan
MS 36 Hidup Mesti Diteruskan
MS 45 Pembedahan Kecil
MS 46 Ujian Di Bulan Ramadan
MS 48 Usah Lemah Semangat
MS 51 Saya Manusia Yang Lemah
54=57 Warkah Dari Hospital 1 hingga 4
MS 60 Pesakit Dialisis Bukan Dihujung Hayat
MS 61 Pesakit Hilang Ingatan
MS 63 Kesihatan Di Bulan Ramadan
MS 64 Kesihatan Dan Wang Persaraan
MS 69 Kemurungan Seorang Pesakit
MS 82 Kita Telah Bersedia?
MS 84 Rujukan

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Pengenalan:

Setelah mengalami masalah gangguan kesihatan sejak tahun 1999 apabila mata saya didapati oleh doktor bocor. Menggunakan beberapa kaedah trapi saya akhirnya reda dari masalah tersebut dengan izin Allah.

Namun apa yang membuatkan saya terganggu selepas menggunakan staroid untuk menghilangkan bengkak mata, badan saya mengalami perubahan. Saya dilihat oleh rakan- rakan sebagai orang yang gemuk. Mereka sering kali mengaitkan keadaan ini dengan pemakanan saya.

Tidak dapat dinafikan saya memang mempunyai selera yang tinggi. Namun saya mengawal dengan memakan sayur, buah atau lain-lain serat dengan jumlah yang banyak. Biarpun begitu saya mengalami peningkatan berat badan dari 80kg ke 85kg. Jikalau turun hanya di bulan Ramadan dan puasa enam yang saya amalkan.

Mungkin kerana kerjaya saya makanan yang "hebat" sukar dikawal kerana hampir setiap hari saya memperolehi makanan percuma di mana-mana majlis yang saya buat liputan.

Saya banyak membaca buku-buku motovasi untuk meningkat kekuatan minda. Motivasi saya untuk memgukirkan kejayaan dalam kerjaya memang tinggi. Paling menarik dalam setiap buku yang saya baca, penulis mengaitkan soal kawalan berat badan. Saya terpengaruh dan berfikir kenapa tidak saya ubah tabiat hidup dan mencari sesuatu untuk mengubah "sedikit" tabiat makan saya.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Walaupun selama ini tabiat makan saya sudah baik kerana tidak makan diluar waktu makan seperti makan selepas sarapan, makan tengahari atau makan malam dengan makanan ringan. Saya sering menggosok gigi selepas makan walaupun di pejabat kerana hendak mengelak makan makanan ringan selepas waktu makan sebenar.

Pada 26 Disember 2009 saya memulakan memakan sejenis supliment yang diadun dengan 65 jenis organik dan buah-buahan. Peringkat awal saya dan isteri memakan dua bungkus sehari. Satu pagi dan satu petang. Alhamdulillah pada 1 Januari 2010 saya mendapati berat badan saya telah turun 1 kg. Cara makan saya telah berubah. Saya hanya makan nasi dalam jumlah yang amat sedikit. Di waktu pagi saya hanya sarapan dalam jumlah yang sedikit. Saya telah meninggalkan nasi lemak, mi goreng, mi bandung, roti canai. Kecuali Sabtu dan Ahad saya menjamah juga makanan kegemaran saya itu.

Setelah hampir tiga bulan, saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Badan terasa ringan dan sakit bahu sudah berkurangan. Menakjubkan semasa saya menjalani pemeriksaan kesihatan di hari terbuka Kolej Tun Syed Nasir UKM, kolesterol saya berada pada tahap yg baik, masalah gula dalam darah juga tidak ada.



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Khabar Duka:

Doktor panel UKM meminta saya membuat pemeriksaan lanjut di hospital pakar setelah memberitahu keputusan ujian darah saya. Kata doktor, buah pinggang saya bermasaalah. Saya telah membuat tempahan masa di Hospital UKM (HUKM). 9 Mac 2015 saya telah ke HUKM untuk membuat ujian darah dan urin. Pada 16 Mac saya membuat pemeriksaan ultrasound. Doktor memberitahu buah pinggang saya mempunyai batu karang sebesar 6mm. 17 Mac 2015 saya berjumpa doctor buat kali pertama untuk pemeriksaan lanjut. Oleh kerana buah pinggang saya terdapat batu karang maka beliau meminta membuat tempahan tarikh di klinik surgery. Kata kakitangan di klinik tersebut tempuh tiga minggu baru akan diberitahu bila tarikh yang sepatutnya saya perlu jumpa doctor. 27 April 2015 Saya tiba di perkarangan HUKM jam 8.30 pagi. Setelah menunggu agak lama, pada jam 11 pagi nombor giliran saya dipanggil. Doktor memberitahu pembedahan perlu disegerakan dalam tempuh dua bulan. Katanya batu karang begitu besar. Beliau memberikan tarikh masuk wad ialah 17 Jun dan pembedahan pada 18 Jun. Saya hanya mengawal emosi dan mendengar arahan doktor pakar.

Kata doktor, batu karang saya sebesar 7cm. Ya Allah besarnya. Doktor memberi borang untuk melakukan scan dan saya ke klinik Radiologi untuk mendapatkan tarikh. Di sana staff klinik itu memberikan 8 Jun ia itu satu tarikh sebelum tarikh pembedahan.

Itulah ketentuan Allah. Untuk pengesahan saya bertanya doktor berapa lama pembedahan akan dilakukan. Beliau memberitahu sekitar tiga jam dalam keadaan saya tidur (bius). Laser yang akan dilakukan bergantung keadaan buah pinggang jika lemah pembedahan akan dilakukan keatas buah pinggang.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Saya menanti tarikh 18 Jun yang mana ketika itu umat Islam akan menyambut Ramadan. Namun kehendak Allah, tarikh itu saya akan dibedah. Saya berserah kepada Allah. 5 Mei 2015, saya membawa Urin ke makmal di HUKM. Urin ini saya ambil sejak 24 jam dari pukul 6.50 pagi semalam hingga 6.50 pagi. Rupa-rupanya cukup berharga urin saya ini. Andai ada kesilapan pasti saya kena ulang semula menyimpan untuk 24 jam lagi.

Saya masih menunggu 18 Jun 2015 untuk tarikh pembedahan. 19 Mei 2015. Hari ini sebenarnya hampir sebulan lagi saya harus menjalani pembedahan. Semalam seorang Profesor mencadangkan meminum air alkali. Beliau sedekahkan aku air itu yang dibelinya dengan harga RM10. Debaran tetap terasa menanti tarikh 18 Jun...... 8 Jun 2015. Hari ini jam 8.30 pagi saya sudah berada di Jabatan Radiologi untuk membuat CT Scan. Nasib kurang baik. Mesin rosak. Puas doktor kat situ menerangkan masalahnya. Saya faham. Namun kata saya saya harus buat scan sebelum 17 Jun. Beliau faham.



9 Jun 2015. Perjalanan merawat diteruskan. Ketika menimbang berat badan, saya telah turun menjadi 82 kg. Patutlah ada orang kata badan saya nampak kurus.

Klinik begitu ramai wargamas menunggu giliran. Oh rupanya resiko gangguan buah pinggang amat tinggi. Ketika menunggu nombor giliran naik, saya ambil keputusan pergi ke Jabatan Radiologi. Setelah berada di kaunter doktor memberitahu bahawa CT Scan boleh dibuat di makmal kecemasan. Akhirnya saya discan dan mempamerkan kedudukan batu karang.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Batu Karang

Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat.

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.

Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui. Gejala dan Tanda

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman




Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain. Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai 'Renal Colic'. Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka biasanya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.

Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman. Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang. Sakit ini tidak dipengaruhi oleh pergerakan atau perubahan postur yang biasanya disebabkan oleh sakit yang berpunca dari tulang ataupun otot.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Penyiasatan 90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ini biasanya diikuti dengan siri x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) ini digunakan untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan adanya halangan. Ujian Ultrasound pula akan diadakan jika batu karang disyaki tetapi tidak dapat dilihat dengan x-ray. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan CT (CT Scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.

Satu siri ujian darah dijalankan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik dan kalsium di dalam darah. Ujian air kencing pula dijalankan untuk melihat jika ada jangkitan kuman, keasidan atau alkali. Dalam setengah kes, juga untuk memeriksa paras kalsium, oxalate dan asid urik. Komplikasi

Batu karang di buah pinggang atau ureter akan menyebabkan halangan. Ini akan mengundang jangkitan kuman pada buah pinggang dan dalam kes yang teruk pembentukan nanah. Jangkitan ini boleh merebak ke dalam darah dan pesakit akan jadi sangat teruk kerana urosepsis. Ini adalah kecemasan dan pesakit tersebut perlu rawatan dengan antibiotik dan halangan tersebut perlu di atasi dengan memasukkan tiub ke dalam ureter untuk melepasi ureter atau memasukkan tiub ke buah pinggang untuk mengalirkan air kencing yang dijangkiti kuman. Halangan yang kronik akan merosakkan buah pinggang dan jika berlaku pada kedua-dua buah pinggang pesakit tersebut akan mengalami kegagalan buah pinggang. Jika ada batu karang, tetapi tidak menghalang aliran air kencing juga boleh menyebabkan jangkitan yang berulang-ulang yang di namakan Pyelonephritis.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Begitu juga dengan batu karang di pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman. Batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing, di bahagian pundi kencing bersambung dengan urethra iaitu saluran kencing di dalam zakar, atau di dalam urethra sendiri. Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing. Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Otot pada pundi kencing yang gagal mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi kegagalan otot. Ini adalah



penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.

Dalam kes yang jarang berlaku, terdapat gangguan berterusan oleh batu karang pada permukaan dalam pundi kencing dan akan menyebabkan kanser.

Rawatan

Kebanyakan batu karang yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Tetapi pesakit akan memerlukan intervensi/rawatan jika batu itu tidak keluar selepas tempoh pemerhatian dan berterusan menyebabkan kesakitan. Batu tersebut mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan jangkitan. Kadangkala batu karang tersebut tidak menyebabkan kesakitan tetapi menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk. Rawatan batu karang ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

Ini adalah prosedur yang biasa dijalankan di mana pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil. Pesakit itu akan mengeluarkan serpihan batu ini apabila kencing. X-ray atau ultrasound digunakan untuk mengesan lokasi batu karang tersebut. Prosedur ini sesuai untuk batu karang yang kurang dari 2 cm dan kebanyakan batu karang di dalam ureter boleh dilihat dengan x-ray.

Ini adalah prosedur pesakit luar dan biasanya pesakit akan diberi suntikan penahan sakit dan ubat tidur. Batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.

Kesan lebam mungkin boleh dilihat di bahagian belakang. Lazimnya terdapat kencing berdarah, kadangkala pendarahan ini akan menyebabkan darah beku yang besar di sekeliling atau di dalam buah pinggang. Jika terlalu besar, ia akan menekan buah pinggang. Jangkitan boleh berlaku dan pesakit akan demam dan sakit belakang. Serpihan batu itu mungkin tidak keluar kesemuanya dan akan membentuk jalur yang menghalang ureter. Oleh kerana itu tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan buah pinggang sebelum ESWL.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Percutaneous Nephrolithotomy

Dalam prosedur ini doktor akan melakukan hirisan kecil pada belakang pesakit di bahagian buah pinggang untuk membentuk satu laluan bagi memasukkan sejenis alat yang berteleskop. Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan sumber kuasa seperti laser, ultrasound atau angin. Di akhir prosedur, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dijalankan dengan bius penuh, sesuai untuk batu karang yang lebih besar dari 2 cm dan yang gagal ESWL.

Komplikasi yang biasa berlaku adalah jangkitan dan pendarahan semasa atau selepas prosedur. Kadangkala agak mustahil untuk mengeluarkan kesemua batu karang tersebut dan pesakit perlu menjalani prosedur kecil melalui hirisan yang sama untuk mengeluarkan baki batu tersebut.



Ureteroscopy

Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam ureter. Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL. Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Pembedahan Terbuka

Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.

Pencegahan

Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang lagi. Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka. Panduan yang baik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Nasihat ini lebih penting kita di iklim panas ini.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol. Tidak ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana. Makanan seperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate. Dalam keadaan lain pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan. Ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing. 14 Julai 2015, mahu tak mahu saya kena ke wad DayCare PPUKM. Hadir untuk mengeluarkan exctane yang dimasukkan pada pembedahan 18 Jun 2015.

Bersama isteri saya ke wad tersebut. Kebetulan terjumpa lelaki berbangsa cina yang sama sehari membuat pembedahan. Dapat berbual panjang dengannya.

Pembedahan kecil ini untuk mengeluarkan satu alat yang telah dimasukkan pada hari pembedahan 18 Jun lepas. Saluran urin saya dimasukkan tiub untuk mengeluarkan alat itu. Dalkam tempuh lima minit pembedahan kecil ini selesai. Allah Huakbar sakitnya boleh tahan juga.



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kita Tidak Sedar Sedang Sakit!

Saya seorang penulis blog. Saya juga seorang Jurufoto. Pengalaman kerjaya membawa saya membuat keputusan menulis pengalaman ketika dirawat setelah terkena penyakit batu karang. Tidak ramai yang mahu pengalaman peribadi ini ditulis ketika sedang derita. Tapi percayalah dengan penulisan ini saya harus bertanggungjawab agar ada ramai yang akan berwaspada menempuh hidup ini.

Berapa ramai yang mengidap sakit jantung, barah, leukimia sanggup menulis pengalaman mereka. Doktor, mereka agak sibuk merawat pesakit dan ada yang menulis pun kerana faktor desakan kenaikan pangkat. Percayalah saya menulis dengan luahan hati ingin mengajak orang berubah.

Arwah mak saya pengidap Leukimia. Saya hanya mampu menulis dari pihak anak. Saya tidak mampu menulis sebagai pesakit. Isteri juga begitu. Malahan ia terlalu hak peribadi, saya tidak mahu menulis kerana tidak mahu hak peribadinya di hebahkan. Saya pernah menulis pengalaman puteri kedua diserang demam denggi. Tahap kecelaruan paling tinggi saya alami apabila dia dimasukkan ke ICU selama empat hari. Saya menulis ketika itu kerana mahu masyarakat faham apa itu denggi! Sebagai Jurufoto saya kerap makan di jamuan secara percuma sejak lebih tiga puluh tahun lamanya.

Saya punggut kolesterol percuma di mana-mana. Di hotel,di dewan makan dan sebagainya. Sotong, Udang, Ketam, daging, di merata tempat saya makan bersama. Itu nikmat yang saya ambil sekitar tiga puluh tahun.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Emak saya orang miskin. Balu kematian suami sejak saya berusia sebelas tahun. Kalau dapat makan yang sedap hanya setahun sekali. Hari-hari lain saya kerap makan ikan masin, pucuk paku, pucuk ubi dan cekor manis. Petai jering, genuak, pucuk genuak, pucuk jering pucuk kopi adalah ulam saya. Kata orang itu ubat kencing manis. Sedap lagi lazat. Sambal belacan, sambal udang adalah makanan paling lazat. Jeruk maman, jeruk rebung makanan orang miskin. Saya rasa selamat sebagai makanan seimbang.

Pada tahun 2010 saya disahkan ada penyakit darah tinggi. Saya masih yakin ia bukan penyakit kronik saya kerana mungkin akibat tekanan kerja. Ingat kalau kita berkerja dalam bidang yang paling kita minat sekali pun tekanan tetap ada. Sekitar tahun 2011 saya disahkan mengidap Deabetes. Makanlah ubat sepanjang hayat selepas itu. Disamping itu saya kawal makanan. Tengok teh tarik macam racun, tengok roti canai macam toksik dan durian Raja Buah saya sudah takut tengok. Saya kena kawal makanan. Syukur ianya terkawal.

Sekitar 2012 saya mengalami kesakitan yang pelik. Asalnya saya ingat kena angin pasang. Kerana ketika ke Sarawak pada tahun 2009 saya pernah terasa sakit bahagian bawah pundi kencing akibat memikul beg kamera yang berat. Rakan doktor dari Unit Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) yang ikut serta berkata itu adalah penyakit angin pasang. Kesakitan itu datang semula tahun 2012. Pernah saya membawa beg pakaian dengan harapan ditahan di wad tetapi tidak. Ajaibnya dengan doa dan menggunakan sirih yang dilayur pada api dan dituam pada bahagian lelaki, saya pulih seperti biasa. Lega dan selesa sehingga pada tahun 2014 saya melihat perubahan pada air kencing. Sesekali ada darah. Air kencing keroh seperti air tebu cair yang terdapat buih. Paling ketara bila membuang air kecil di tandas duduk.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman



Saya membuat ujian darah di poliklinik UKM Bandar Baru Bangi, Selangor. Selang tiga hari keputusan saya perolehi. Doktor berkata buah pinggang saya bermasalah. Masya-Allah. Saya bawa surat rujukan ke HCTM. Sekitar bulan April 2015 baru saya dapat tarikh untuk bertemu doktor.

Setelah dibuat scan, saya disahkan ada batu karang di buah pinggang sebelah kiri. Sukar saya terima tetapi apabila mengenangkan inilah takdir maka saya pasrah. Bertemu dengan pakar surgeri yang membuatkan saya terasa seperti batu besar menghempap ke badan.

Saya kena bedah dalam tempuh dua bulan ini. Pada 17 Jun 2015 dimasukkan ke wad dan 18 Jun dibedah. Keputusan doktor mandatori. Saya diarahkan membuat temu janji untuk melakukan CT Scan.

Perjalanan untuk dibedah berjalan dengan kuasa Allah. Ada tak saya melakukan rawatan alternatif? Saya minta puteri sulong membaca ayat-ayat Quran terpilih ke atas air rebusan kulit Delima. Memang terasa tidak selesa dalam proses saya minum air itu. Saya pernah minum air jus apel hijau sebanyak empat biji. Saya pernah minum air Ural. Namun, 18 Jun 2015 saya masih menanti.

Pernah puteri saya membawa bertemu seorang pengamal perubatan Metafizik yang mana beliau memberitahu batu karang saya tidak besar. Paling besar 5mm. Tapi doktor pakar telah memberitahu saya sebesar 7 CM. Saya diberikan (membeli) ubat Heomopaty dengan jaminan seminggu batu akan pecah.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Saya yakin apa jua yang saya usahakan Allah izinkan kerana sepanjang menunggu hari pembedahan saya tidak sakit. Memang sepanjang saya disahkan ada batu karang tidak pernah merasai kesakitan. Kecuali ketika terlalu lama berdiri sakit pada pinggang akan terasa.

Malahan saya masih aktif bertugas ke Johor, ke Pahang, ke Penang. Sehari sebelum masuk wad, saya masih sempat memberi ceramah fotografi di Agensi Nuklear Malaysia.

Sabda Rasullah:  لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ الل

Maksudnya: “ Untuk setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakitnya, penyakit tersebut akan sembuh dengan seizin Allah ” (H.R. Muslim).

Keyakinan inilah yang saya amalkan. Namun dalam mencari ubat haruslah mengikut landasan Islam. Usah percaya perubatan yang boleh membawa kepada syirik. Percayalah penyakit itu akan membersih dosa kita. Oleh yang demikian jangan jadikan penyakit itu membawa kita ke arah menyesatkan. Bawalah bertemu dengan orang alim yang boleh merawat secara yang mampu meningkatkan tahap keimanan kita. Paling mudah buat solat hajat. Baca doa yang boleh dirujuk dengan alim ulama.

Doa zikir yang mustajab bacalah


Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman



Insya-Allah jika membaca ayat ini Allah sembuhkan penyakit maka sembuhlah kita. Seandainya tidak dan kita dijemputNya mudah-mudahn Allah ampuni dosa terhadapNya.

Saya bersyukur Allah kembalikan kesihatan saya. Insyaallah rawatan susulan akan saya lalui. Malahan dikatakan satu pembedahan kedua akan dilakukan oleh doktor pakar enam bulan lagi.

Terima isteri dan anak-anak. Kakak, abang Mad, Sukri dan isteri serta anak-anak. Rakan yang melawat saya ketika di wad 5D. KZ, Rosli, Rahman, Hasnan, Khaidir dan isteri, Presiden Kesukma (Exco Ceupacs) En Abd Rahman dua orang staff di HCTM, Sharif Othman, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali (Naib Canselor UKM) Prof Dr Imran Hoo Abdullah (TNC Hejim UKM), dan En Aizam (pegawai khas NC), Wahid dan isteri, Cek Leha dan suami, Kak Su dan Is, Penasihat Undang-undang UMK Prof Datuk Abdul Halim Sidek. Pengarah PKK dan staff PKK (senarai ada di bawah. Pasukan doktor dan nurse di wad 5D dan 5J. Rakan-rakan facebook yang agak ramai menyedari saya masuk wad. Rakan-rakan di UKM yang mendoakan untuk saya.

Mohon jaga kesihatan. Ada waktunya kita tak sedar kita sebenarnya sedang sakit!

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Ku Merasai Derita Tanpa Suara 18 Jun 2015

Waktu orang sedang bersahur saya sudah bangun tapi bukan untuk bersahur. Saya membersihkan diri dan menukar pakaian baru yang diberikan oleh hospital. Selepas solat Subuh saya berehat. Sekitar jam 9 pagi saya buat solat Duha, solat Taubat serta solat Hajat. Siapa yang tidak takut! Tubuh akan diserahkan kepada doktor pakar untuk dibedah. Ditebuk. Saya menyerah nyawa dan takdir hanya pada Ilahi.

Saa pernah menguji semangat dengan melakukan terjunan tempat tinggi di Kem Latihan Tentera Darat Sungai Buluh. Saya pernah melakukan tugasan merakam gambar gambar dari helikopter tanpa pintu ditutup. Saya pernah terjatuh ke dalam Sungai Taman Negara ketika bertugas. Saya pernah mengalami tekanan udara sebanyak dua kali dalam penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur. Saya pernah mengikuti penerbangan Agensi Penguatkuasaan Maritem ketika hujan lebat di Subang. Itu ujian lain yang mampu dan saya alami, semua dengan kehendak Allah! Ini satu proses pembedahan yang pasti akan menyakitkan... 12.30 tengahari, saya mula bersedia dengan baju pembedahan. Siapa yang tidak gusar dengan pembedahan. Inilah kali pertama. Kalau ada pun ialah ketika cabut dan bersihkan gigi. Paling tidak ialah ketika merawat mata pada Februari 2012 dengan rawatan mencucuk mata dengan ubat.

Saya diberi ubat penenang. Kemudian saya naik atas katil dan disurung ke dewan bedah Pusat Perubatan Canselor Tuanku Mukhriz (PCTM). Keluarga, Isteri tiga puteri, kakak dan abang ipar, anak saudara dan isteri serta anak-anak ada di luar wad 5D terlihat juga bakal menantu. Ya Allah cukup dramatik. Saya melepasi lift tingkat 5 dan masuk ke dewan bedah di tingkat 2. Suhunya sejuk luar biasa.


Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman


Saya dipindahkan ke katil khas dan diminta pandang lampu yang terletak di atas muka. Saya ikut saja sambil mengawal perasaan agar tekanan darah tidak tingggi. Doktor dan Jururawat membetulkan badan saya. Suasana dalam bilik bedah memang menyeramkan. Mungkin ubat penenang dan zikir kepada Allah segala-galanya membuatkan saya jadi tenang.

Pasukan doktor pakar meneruskan tugasan mereka dan saya masih pasrah. Kuasa Allah siapa yang tahu. Ilmu Allah cukup hebat. Hanya sedikit diberikan kepada manusia namun saya mampu ditidurkan tanpa menyedari apa yang diperlakukan.

Menurut puteri sulong saya, ketika pembedahan berlangsung hujan amat lebat di luar hospital. Puteri saya amat risau mana tahu berlaku bekalan letrik terputus. Tapi katanya pihak hospital pasti telah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Saya dimaklumkan setelah empat jam dibedah, abang ipar masuk ke ruang kaunter untuk bertanya khabar. Petugas membuat panggilan intercom ke pihak petugas bilik bedah. Mereka memaklumkan tidak lama lagi pembedahan akan selesai...

Maha kaya Allah, saya sedar dan berada di luar bilik bedah dan ditempatkan dalam bilik pemantauan dimana keadaan saya masih tidak stabil. Kehendak Allah saya mendengar suara seorang perempuan mengerang kesakitan bersebelahan saya. Saya pasti ia pun baru lepas dibedah. Kemudian isteri memberitahu wanita itu dibedah di bahagian kepala. Masya-Allah lebih hebat ujiannya berbanding saya.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Saya dibawa keluar. Saya sedar keluarga menanti di luar. Wajah mereka saya nampak. Saya mendengar suara isteri berkata "besarnya..." besar yang dimaksudkan ialah batu karang yang dikeluarkan. Saya antara tidur dengan tidak. Kemudian dibawa ke sebuah bilik yang saya pasti bukan Wad 5D. Malamnya baru saya tahu ia adalah Wad 5J yang dikelaskan sebagai wad spara kritikal.

Isteri saya datang bersama kakak. Kemudian masuk puteri sulong Nur Atikah dengan menantu kakak. Masuk pula abang ipar dan anaknya Sukri. Masuk pula puteri tengah Nur Amirah dengan cucu saudara Amera. Masuk pula puteri bongsu Nur Aqilah. Ketika Nur Atiqah masuk dia sempat berpesan "ayah jangan lupa ayat LAILA HAILA ANTA SUBHANAKAINI KUNTOM MINAZZOLIMIN". Saya anggukkan kepala. Ayat itulah saya saya baca sepanjang proses dibedah selain mengucap syahadah. Paling menggembira keluarga, mungkin apabila saya tersenyum ketika kakak masuk melawat dia kata "Paksu senyum dik". Katanya kepada isteri saya.

Inilah saat-saat yang dramatik, sentimental yang terjadi antara kami. Saya tidak ramai adik beradik, tapi Allah memberikan seorang kakak yang mengasihi saya. Sebenarnya dia mengasuh saya sejak bayi sebab sayalah adik tunggalnya berlainan ayah. Namun sayang saya tetap sama tiada beza. Kami datang dari satu rahim ibu, Putih bte Mat.

Isteri dan anak-anak adalah syurga saya. Saya tahu sepanjang pembedahan enam jam jiwa mereka kosong dan menyerahkan kepada kuasa Ilahi. Namun, saya sudah mengajar mereka agar menerima segala ujian kerana Allah pasti memberi ujian baik kecil atau besar jika ia mengasihi kita.



َقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُم

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Selepas itu saya tidur dan tersedar sesekali. Telinga mendengar jururawat menguruskan saya. Disamping itu saya mendegar detikan alat sokongan disebelah yang mengukur tekanan darah dan nadi. Saya tidak diberi makan sehingga keesokan hari (19 Jun). Saya sedar telah dipuasakan sejak 12 tengah malam 18 Jun.

Terasa loya dan nak muntah. Ini kesan ubat bius yang berikan. Saya mendengar siaran TV. Saya kembali sedar tengahmalam 19 Jun. Saya berkata kepada jururawat "rupanya baru tengahmalam ingatkan sudah pagi". Kata jururawat ya.

Saya lakukan solat tanpa wuduk (solat menghormati waktu). Namun saya masih sedar solat Maqhrib dan Isyak belum ditunaikan. Saya tunaikan solat dengan isyarat sahaja. Semoga Allah menerima solat itu.

Kesan luka yang dibedah tidak terasa sangat, tapi kesan kemasukan tiub ke saluran kencing amat azab. Begnya tergantung bersama tiub. Allah saja yang tahu seksanya. Saya tidur hingga Subuh. Jururawat menukarkan pakaian dan cadar. Sekali lagi kena bergerak. Oh azabnya. 19 Jun 2015: Jumaat.

Jururawat menyalin pakaian baru dan menukar cadar baru. Soal kebersihan diamalkan dengan baik syabas HCTM. Mereka dudukan saya di atas kerusi khas yang selesa. Tapi segala tiub yang ada di badan menyukarkan pergerakan saya. Makanan belum diberikan. Saya mengesahkan arah qiblat. Saya lakukan solat Subuh sambil duduk.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Sekitar jam 9 pagi saya dibawa ke Jabatan Radiologi untuk di Xray. Diusung dengan katil. Sering kali melihat situasi ini, dan kini saya merasainya. Selesai membuat Xray, saya dibawa kembali ke Wad 5D. Ditempatkan pada katil terdahulu.

Memang saya tidak ditemani oleh sesiapa kerana Ramadan baru tiba. Anak isteri perlu selesa untuk bersahur. Ini pengorbanan saya yang tidak dapat menyambut Ramadan. Namun malam pertama sebelum saya dibedah, saya sempat melakukan solat Terawih sendirian lapan rakaat sahaja

Terbaring saya di katil. Kesan ubat tahan sakit dan bius menyebabkan saya terus tidur tanpa dipaksa. Saya tidak fikir apa-apa lagi. Malahan dalam ilmu terapi minda Kuasa Separa Sedar tidur adalah perubatan yang digalakkan untuk kesihatan.

Kenapa saya dibedah? Dalam bulan Disember 2014 saya membuat rutin periksa darah di Poliklinik UKM. Doktor mengesahkan buah pinggang saya ada masalah. Saya membuat rawatan pakar di HCTM. Doktor pakar melakukan Ultra Sound dan mendapati terdapat batu karang sebesar 7cm!. Kemudian saya diminta berhubung dengan jabatan Surgery. Doktor pakar menetapkan tarikh 17 Jun masuk wad dan pembedahan dilakukan pada 18 Jun 2015.



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Bagaimana batu karang terbentuk? Ini yang kira perlu tahu untuk mengelak dari terjadi. Banyak metos yang diceritakan oleh orang kita. Walhal ianya ada ketikanya tidak benar. Oleh kerana ada yang takut untuk berubat cara moden dibiarkan berubat cara tradisional. Sedangkan ianya dilakukan oleh orang yang bukan pakar perubatan. Ada yang menggunakan bedah batin, sedangkan batu itu hanya keluar satu sahaja. Mungkin masih banyak di dalam buah pinggang, hempedu dan pundi kencing. 20 Jun 2015: Sabtu

Selepas jururawat menukar cadar dan pakaian saya sepasukan doktor wad 5D membuat rondaan dari katil ke katil pesakit. Mereka lakukan selepas jururawat memeriksa tahap kesihatan kami. Darah dan tahap gula saya bagus. Demam sudah tiada. Doktor membuat keputusan bahawa tiub saluran kencing akan dicabut. "Masyaallah kataku sendiri..." mukaku berubah dan disedari jururawat yang mengiringi pasukan doktor.

Sekitar jam 9 pagi jururawat berkata tiub akan dicabut. Beliau menutup katil saya dengan langsir. Dalam keadaan duduk jururawat mencabut tiub saluran kencing dengan cekap sekali. Namun kesannya amat memedihkan. Saya dalam keadaan tidak selesa. Siapa yang pernah alami pasti tahu keadaan ini. Namun gangguan kerana saluran kencing telah tiada. Jururawat nasihatkan saya minum air banyak, dan kencing cara biasa. Sedangkan tiub yang menyambung ke buah pinggang masih ada.

Hari ini saya bergerak ke bilik air untuk membuang air kecil secara normal. Darah masih ada dan memedihkan. 21 Jun 2015: 

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Ahad Hari Kelima Di Wad 5D

Rutin biasa petugas di wad 5D berjalan seperti biasa. Jika petugas hendak habis shif mereka akan memeriksa pesakit termasuk saya. Lepas itu doktor akan datang dari satu katil ke satu katil. Tak payah kita beritahu, hasil rekod yang ada mereka telah tahu tahap kesihatan kita.

Kalau demam mereka akan nasihatkan saya makan ubat dan banyak minum air. Ini bagusnya jika berada di katil hospital. Lawatan pasukan doktor pagi Ahad memberitahu, tiub yang mengeluarkan air kumbahan dari buah pinggang akan di offkan. Jika tiada masalah Isnin tiub itu akan dicabut.

Kesan ubat penahan sakit, ubat bius sekali terasa mual. Tapi muntahnya tiada. Melayan mengantuk adalah paling menyeronokan. Pantang letak kepala pasti nyenyak. Waktu melawat hari Ahad seperti Sabtu dari jam 12.30 tengahari hingga 7.30. Masih dapat bersama dengan keluarga agak lama. Lebih kurang sama waktu saya dalam dewan bedah.

Hospital UKM (dulu HUKM) kemudian dikenali Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Kini nama rasminya ialah Pusat Peubatan Canselor Tuanku Mukhriz (PPCTM). Mengambil sempena nama Canselor UKM ketiga yang juga Yang Dipertuan Besar Negeri sembilan.



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

22 Jun 2105: Isnin.

Kata seorang doktor wanita berbangsa cina berkata nanti mereka akan merujuk dengan pakar untuk membuat keputusan mencabut atau tidak tiub di belakang saya.

Ketika waktu melawat doktor pakar masih belum mencabut. Tetapi tetiba masuk seorang VIP dengan lengkap pakaian suite. YBhg Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM bersama pegawai khasnya En Aizam Abu Bakar. Oleh kerana saya mampu bangun saya menyambut beliau.

Biarpun saya terharu dan sempat berkata, "terima kasih Tan Sri dalam sibuk-sibuk sempat singgah insan kerdil ini". Beliau sempat berbisik satu ungkapan yang amat rahsia secara peribadi meningkatkan motivasi saya untuk balik menggalas kamera......

Saya sudah mengetahui telah discas oleh doktor yang bertugas. Namun kerana harus menunggu isteri datang menjemput maka tengahari itu adalah masa saya untuk menerima tetamu.

Paling terharu, apabila muncul Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM Prof Datin Dr Norizan, En Radzuan Gahzali, Puan Nastura, En Antony, Cik Hanim, Puan Fairus, Puan Julaiha, Hanis, Siti, Anne, Miza, Dua Jurufoto PKK Ikhwan dan Izwan yang sering kami 'bergaduh' dan bertukar idea sewaktu menghasilkan produk.

Hari ini kami berkumpul ketika saya sakit. Selalunya kami berkumpul menerima arahan dan memberi idea dalam meningkat nama UKM. Namun saya terharu dengan kehadiran ini paling tidak mereka adalah 'keluarga' yang harus saya gauli sehingga tarikh pencen 2018.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Tidak ketinggalan selepas itu datang pegawai dan rakan-rakan sepejabat isteri. Puan Hamiza, En Aidil, En Amir.

Selepas mereka pulang, saya ke bilik air mengambil wuduk. Doktor dari kaunter memberitahu bahawa beliau nak cabut tiub yang masih ada kat belakang yang disambung ke buah pinggang.. Saya memberitahu beliau berikan masa saya nak solat Zohor. Katanya ok.

Selang tak lama selepas itu doktor telah mencabut tiub itu. Oh, agak pedih dan terasa senak pada bahagian buah pinggang. Saya membawa diri berbaring.

Tak lama datang Kak Su biras saya dan anaknya Is. Kemudian muncul Saadon rakan sepejabat isteri. Menyusul selepas itu datang dikatil seorang sahabat yang bertugas di hospital tersebut. Kemudian muncul Prof Datuk Abdul Halim Sidik Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan yang merupakan suami kepada TNC HEPA UKM . Menyayat hati dalam beliau sempat melawat saya puterinya juga sedang bertarung nyawa dan akan dibedah keesokkan hari. Sdra Saedon juga melawqat adiknya yang membuat pembedahan tonsil. 24 Jun 2015

Isteri saya datang dan menguruskan discaj saya. Syukur hari ini saya balik ke rumah.....Hari ini 22 Jun adalah ulangtahun perkahwinan kami ke-30. Inilah hadiah ulangtahun kami paling berharga.



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

14 Julai 2015:

Empat hari menjelang 1 Syawal saya kembali ke HCTM untuk melakukan minor operation. Menunggu giliran untuk pembedahan kecil ini saya ditemani isteri. Kebetulan hari itu pesakit yang sama-sama dibedah berada di Wad jagaan harian. Kami berbual panjang.

Pembedahan ini perlu dilakukan bagi mengeluarkan satu alat (extance) yang dimasukan pada saluran kencing semasa pembedahan dulu. Allah saja yang mengetahui betapi seksanya ketika itu apabila doktor memasukkan tiub ke dalam saluran kencing. Tahan sajalah. Lebih kurang enam minit proses ini dilakukan dengan bantuan dua orang para medik maka alat itu dapat dikeluarkan. Kata doktor terdapat sedikit batu karang semasa alat itu dikerluarkan. Masyaallah sakitnya .........

Proses ini membuatkan saya tidak selesa untuk jangka masa yang agak lama tapi tidak sampai sehari.

Terima kasih Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM bersama pegawai dan rakan-rakan staff yang berkelapangan masa melawat saya di hari terakhir. Allah jua yang membalas budi anda... 11 April 2016

Saya masuk bilik 1 Klinik Surgery HCTM (PPUKM). Doktor bertanya mahu dibedah atau tidak untuk kali kedua. Saya termenung sebentar. "Pada pandangan doktor bagaimana?", tanya saya. "Terpulang pada Encik. Tapi untuk menyelamatkan buah pinggang adalah elok dibedah.", tegas doktor. "Ok doktor saya setuju dibedah!" jawab saya dengan penuh yakin.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Doktor kata nak bedah bulan Jun. Tapi saya minta tangguh selepas hari raya Aidilfitri dengan hasrat untuk menyambut Ramadan. Kerana Ramadan tahun lepas saya tidak berpuasa selama 21 hari. Doktor memberi dua tarikh, 13 Julai atau 20 Julai. Tapi saya memilih 13 Julai. Saya akan masuk wad 5D untuk kali kedua ketika umat Islam masih menyambut raya Aidilfitri.

Biarlah kemeriahan untuk itu bukan milik saya. Saya berkurban diri ini untuk menyehatkan badan demi meneruskan perkhidmatan kepada orang lain selepas itu.

Insya-Allah jika tiada aral melintang saya dan keluarga ke Tanah Suci Mekah pada 30 Mei- 10 Jun 2016. Semoga di depan Kaabah saya boleh memohon doa keselamatan diri ini...amin.

Hari ini 6 Syawal. Saya mendaftar untuk ke wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCTM). Kemudian saya masuk wad 5D bersama isteri dan puteri sulung Nur Atiqah. Selepas diambil berat badan dan darah saya diminta mengambil katil 17.

Inilah kali kedua saya menjadi penghuni wad 5D. Masya-Allah katil 17 bersamaan tarikh lahir 17 April 1958. Kali pertama saya tinggal di sini pada 17 Jun 2015, 30 Syaaban 1436. Semuanya ada angka 17.



Jururawat membuat semakan tahap kesihatan saya. Kemudian saya dibuat ujian jantung (ECG). Kata Jururawat jantung saya baik.

Selang tak lama, sahabat saya Sharif seorang Ketua Pengawal Keselamatan di PPUKM datang menziarahi saya. Ketika waktu lawatan En Saipul, Pengurus di pejabat saya datang melawat bersama isterinya.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Tak lama lepas itu tangan dicucuk jarum oleh doktor. Ia bertujuan untuk memudahkan mengambil darah dan memasukkan tiub air.

Wad lengang. Kata seorang staff di situ ramai pesakit menangguhkan masuk wad kerana masih hari raya.

Sepasukan doktor bersama pakarnya bernama Dr Tan datang ke katil dan menerangkan komplikasi pembedahan. Kesan 10-20 kepada beberapa organ serta pendarahan.

Malamnya saya berbuka puasa enam Syawal untuk hari kelima bersama isteri dan Atiqah. Syukur Allah memberi kekuatan.

Siapa Bersama Kita Ketika Menderita Sakit? 12 Julai: Doktor pakar memberitahu saya bahawa proses pembedahan saya menggunakan kaedah menebuk pada buah pinggang dan memasukan tiub menerusi saluran urin. Saya termenung mengenangkan prosesnya telah berubah. Namun apa yang boleh saya elak, kerana borang akur untuk dibedah telah ditandatangan!

Oleh kerana tiga bulan lepas saya agak tenang kerana memikirkan proses pembedahannya sama dengan tahun lepas tetapi selepas mendapat pandangan doktor saya mula diserang cemas. Maklumlah kata doktor kesannya 1-3% menyebabkan komplikasi luka dan terjadi putus maka saya jadi tidak tenteram.

Menjelang 13 Julai 2016 saya membawa diri untuk bertenang. Ketenangan dicari dengan mendekati Allah. Siapa lagi yang wajib kita cari ketika ini kecuali yang Maha Esa. Doktor


Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman



hanya menjalankan tanggungjawab untuk merawat. Natijah pada kesembuhan hanyalah Allah. Sebagai orang Islam ini wajib menjadi pegangan kita! 13 Julai seawal jam 4 pagi saya telah bangun menunaikan solat Tahajut, Taubat, Hajat dan Witir. Inilah kekuatan kita jika ingin mencari penyembuhan yang hakiki. Kepada kita yang mengharapkan penyembuhan dalam mengukuhkan iman maka mengadaplah Allah.

Kepada anda yang pernah mengalami peristiwa seperti ini akan tahu perasaan saya. Saya harus menenangkan fikiran kerana pembedahan tahun lepas mengambil masa enam jam. Kata doktor pembedahan kali ini selama 3 jam sahaja. Menyerahkan jasad kepada kumpulan pakar perubatan dan menyerahkan roh kepada Allah adalah satu kejadian yang mendebarkan.

Di luar wad 5D isteri dan tiga orang puteri menunggu dengan debaran. Mereka sampai seawal jam 8 pagi.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Dr Tan datang ke katil saya. Beliau kelihatan sudah bersedia kerana Dr Tan telah memakai pakaian seragam doktor. "Saya sudah berbincang dengan doktor lain selepas tengok CT Scan. Kami akan menggunakan kaedah memasukan tiub ke saluran urin menerusi pundi kencing untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang. " kata Dr Tan.

Proses pembedahan bermula ketika saya dibawa ke bilik bedah jam 10 pagi. Jam 1 petang saya dibawa balik ke katil 17 dan kesakitan terasa ketika itu. Petang itu ketika doktor membuat lawatan saya diberitahu tiub tidak dapat masuk ke buah pinggang.

Petang itu doktor mengarahkan nurse mengeluarkan tiub pada saluran kencing. Kepedihan terasa sangat. Namun terpaksa dilalui.

Ketika saya dibenarkan pulang pada 14 Jul kesihatan ditahap memuaskan. Sebaliknya pada 15 hingga 17 Julai saya mengalami demam berulangkali. Jika saya makan ubat demam kembali pulih namun selepasa lima jam saya kembali demam. Pada petang Ahad 17 Julai saya dibawa ke Jabatan Kecemasan HCTM~PPUKM. Setelah beberapa pemeriksaan rapi saya dihantar masuk ke Wad 5D pada jam 10 malam.

Wad 5D: Dari katil 17 Ke Katil 22 Di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz 13 Jul- Jam 10 pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali kedua mengalami suasana begini.

Di dalam bilik bedah saya menguasai keadaan sambil mata dapat melihat suasananya. Walaupun pernah melihat bilik bedah sebelum ini namun kali ini saya dibawa masuk kerana hendak dibedah.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Hari ini saya menyambut hari raya kelapan dalam bilik bedah dengan baju bedah. Oleh kerana saya baru habis puasa enam semalam, hari ini saya menyambut raya puasa enam dalam bilik bedah

Kali ini ketika saya dibedah hanya isteri dan tiga orang puteri diluar bilik bedah. Jika tahun



lepas kakak dan abang ipar serta anak saudara menunggu dengan debaran.

Jam 1 petang saya selamat menjalani pembedahan sekitar tiga jam. Perancangan doktor pakar untuk membuat dengan menebuk belakang agar dapat mengeluarkan batu karang yang masih berbaki.

Doktor pakar pada awalnya akan membuat pembedahan tebuk belakang seperti tahun lepas. Namun selepas melihat CT Scan doktor membuat keputusan membuat pembedahan dan membawa masuk tiub ke saluran buah pinggang.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Sejam sebelum saya dibawa ke bilik bedah, doktor Tan datang ke katil saya dan memberitahu setelah berbincang dengan kumpulan pakar, mereka membuat keputusan akan membuat pembedahan dengan kaedah memasuki tiub menerusi saluran urin ke pundi kencing ke saluran buah pinggang. 14 Jul- Saya telah dibenarkan balik ke rumah 15 Jul- Saya demam sebelah pagi. Makan ubat reda. Dalam 5 jam tu terasa balik. Menggigil 16 Jul- Saya masih demam cuba bertahan dengan ubat. Tapi gagal. 17 Jul- Setelah bertahan hingga hari Ahad saya tewas. Pergi ke Jabatan Kecematan HCTM- PPUKM. Selepas pemeriksaan rapi oleh doktor bermula jam 4 petang, jam 10 malam saya diminta masuk ke wad 5D di katil 22 untuk rawatan susulan. Minggu lepas pada 11 hingga 14 Julai di katil 17. Sepanjang malam saya dipantau rapi oleh doktor dan jururawat sehingga pagi. 18 Jul- Masih di wad dengan pemantauan pasukan perubatan. Kesan surgery masih terasa. 19 Jul- Deman semakin reda. Tiub air pada tangan dicabut hari ini. 20 Jul- Tiub pada saluran urin dikeluarkan hari ini. 21 Jul- Doktor pakar berkata saya akan balik esok. 22 Jul- Ketika lawatan pasukan Dr Preven membuat keputusan ubat antibiotik perlu dihabiskan dan saya akan keluar wad esok. 23 Jul- Saya keluar dari wad 5D sekitar jam 12.30 tengahari.

Syukur Alhamdulillah.

Allah Yang Menentukan

Seawal jam 8 pagi saya telah mendaftar untuk Wad 5D. Di Wad 5D saya diletakkan di katil no 18. Selepas menukar pakaian pesakit, saya dibawa ke bilik X-Ray. Sekembali ke wad, ujian ECG dilakukan dan jantung saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Seperti biasa ujian urin, darah akan dilakukan untuk memastikan saya berada dalam mood sihat dan selamat .

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Selepas jam 2 petang doktor di wad memberitahu bahawa urin saya ada jangkitan kuman dan beliau tidak pasti samada doktor pakar mahu meneruskan atau tidak pembedahan esoknya (24 Ogos).

Sekitar jam 3 petang kumpulan doktor pakar memberitahu saya hal yang sama. Katanya jika dibuat pembedahan akan mengalami resiko selepas itu. Oleh itu mereka mengambil keputusan menangguhkan pembedahan. Atibiotik akan dibekalkan kepada saya untuk jangka masa dua atau empat hari.



Pada masa yang sama doktor bius telah bertemu saya. Beliau memberitahu bahawa giliran saya ialah yang kedua. Oleh kerana pembedahan ditangguhkan maka borang akuan bius tidak jadi saya tandatangan.

Sekitar jam 8 malam saya meninggalkan wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz selepas bersolat Maghrib di surau Ibu Sina HCTM.

Hidup Mesti Diteruskan

Saya akan memasuki dewan bedah kali ketiga pada 24 Ogos ini. Trauma tetap ada kerana merasai kesakitan yang sukar digambarkan. Namun jika ada ketentuan Allah saya memohon maaf andainya terdapat sebarang kesalahan saya.

Masuk Wad 5D Kali Kelima 30 November 2016: Jam 8.30 pagi saya daftar masuk wad 5D dan ditempatkan di katil 11. Selepas mengambil sempel darah dan tekanan darah saya telah dilakukan ujian ECG. Kemudian ke bilik XRay untuk membuat scan pada paru-paru.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Jam 2.30petang doktor membuat pemeriksaan dan memberitahu terdapat jangkitan kuman. Kini saya kena tunggu tindakan susulan doktor pakar

Doktor pakar bersama ahli kumpulannya telah melawat sekitar jam 3 petang. Doktor Tan memberitahu pembedahan ditangguhkan. Mereka hanya akan mengeluarkan stand yang terdapat di dalam saluran buah pinggang saya.

Selepas itu doktor bius datang bertemu saya. Setelah perbincangan dibuat saya mengambil keputusan untuk bersetuju dilakukan bius sepenuh badan. Saya tak nak bius separuh badan kerana tak sanggup nak tengok proses yang dilakukan doktor. Walaupun katanya mereka akan meletakan skrin untuk menghalang penglihatan saya.

Sekitar jam 10.30 malam seorang doktor datang memberitahu saya akan dilewatkan masuk bilik bedah kerana ada satu pembedahan lebih besar iaitu seorang pesakit akan dibedah membuang salah satu buah pinggangnya. 1 Disember 2016 | Jam 6.30 pagi:

Ketika terjaga dari tidur jam empat pagi tadi kelihatan baju bedah telah tersedia di hujung katil saya. 7.00 pagi, saya dibenarkan sarapan dan mulai berpuasa sejak 7.30 sehingga saya dibawa masuk bilik bedah.



10.00 malam:

Jam 1.30 petang saya telah dibawa ke bilik bedah. Proses bius berlaku sekitar jam 2.30 kerana jumlah pesakit ramai.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kali ini baru saya merasai bagaimana proses bius dilakukan. Corong Oksigen diletakkan pada mulut dan hidung saya. Saya bernafas seperti biasa. Kemudian doktor Geris memberitahu beliau akan melakukan proses menidurkan saya.

Saya mengucapkan Syahadah. Cuma sementara proses menidurkan itu saya berkata dalam hati "harab berjaya proses bius ini".

Kemudian saya tidak sedar lagi..Alhamdulillah 3.30 petang saya sedar. Nama saya dipanggil sayup-sayup kedengaran. Telinga saya mendengar terasa bising. Saya dibawa keluar dari bilik bedah. Kini masih lemah. 2 Disember 2016:

Nurse membuat pemeriksaan. Saya demam dengan suhu 39.5℃. Malam tadi saya tidak dapat tidur. Mungkinkah saya akan berada lebih lama di sini seperti bulan Julai.....Saya kuatir kerana, adakah kuman ini lebih kuat berbanding sebelum ini?

Demam saya semakin kuat hari ini. Antibiotik dimasukkan. Kata Dr Nurul tak mengapa janji ikut dosnya. Nurul anak sahabat karib saya yang saya kenal sejak beliau kecil lagi. Beliau yang bertugas di HCTM datang melawat saya mewakili keluarganya. Risau juga sebab agak kerap antibiotik dicucuk ke badan saya.

Tengahari tadi seorang rakan Pegawai Fisiotrapi menziarahi saya dan beliau memberikan beberapa tip-tip untuk menjaga kesihatan selepas pebedahan.

Petang keluarga datang membawa sijil Anugerah Bitara yang diterima oleh isteri saya mewakli saya pagi tadi. Gembiralah sikit.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Oleh kerana demam saya agak tinggi anak-anak mencadangkan ibu mereka menemankan saya. Tapi saya kesihan pula jika isteri tidur di wad bukan selesa sangat. Lagi pun saya rasa masih terkawal. 4 Disember 2016:

Hari ini dan semalam tiada catatan boleh disampaikan kecuali menyatakan saya sudah dibenarkan keluar wad..

Terima kasih kepada semua yang menunjukkan rasa prihatin kepada saya. Ikutilah catatan seterusnya. Catatan ini dibuat dari katil hospital.



Pembedahan Ketiga 30 September 2016:Saya telah bertemu doktor pakar hari ini. Pertemuan kali ini ringkas sahaja. Doktor pakar memberitahu keadaan Batu Karang tinggal satu sahaja lagi. Ini berdasarkan CT Scan yang yang telah dilakukan pada 27 September lalu.

Setelah berbincang dengan doktor saya bersetuju untuk dilakukan pembedahan secara masuk skop ke saluran Buah Pinggang. Insyaallah 30 November 2016 saya akan masuk wad, 1 Disember 2016 saya akan masuk bilik bedah. 25 Ogos 2016

Semalam sepatutnya saya dibedah. Oleh kerana ada jangkitan kuman pada air kencing maka doktor pakar menangguhkan sehingga suatu masa yang akan ditetapkan pada 30 September nanti.

Hari ini saya pergi semula ke Wad 5D untuk mengambil temujanji untuk membuat CT Scan. Disamping itu saya juga membeli gambar CTScan yang telah dibuat sebelum ini.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Bila saya lihat semula Masyaallah rupanya Batu Karang saya telah kecil. Mungkin Allah telah memberi mujarab pada ubat yang makan ia itu Ural. Syukur Alhamdulillah.

Masuk Wad 5D Kali Keenam 19 Januari 2017: Saya datang untuk memperolehi keputusan urin. Doktor tahan saya di wad kerana urin saya terdapat kuman. Sehingga malam tiada rawatan dilakukan kecuali mengambil darah. 20 Januari 2017: Sekitar jam 1.30 pesakit di katil 26 berbangsa India telah meninggal dunia. Rupanya malaikat maut bertamu di wad 5D......

Jam 8.45 pagi: Doktor pakar melawat. Mereka belum membuat keputusan kerana keadaan saya dikatakan sukar dibuat keputusan kerana keadaan buah pinggang saya. Jika diberi antibiotik memungkinkan berlaku kerosakan lebih teruk kepada buah pinggang. Masih menunggu keputusan doktor pakar kuman.

Jam 2.00 petang: Ketika pulang dari bersolat Jumaat di Sarau HCTM doktor bahagian kuman memberitahu saya bahawa kuman saya telah menghuni dalam saluran urin sejak bulan Julai 2016. Doktor masih belum membuat keputusan untuk memberi antibiotik. Jika diberi saya akan menghadapi kesukaran jika sakit di masa lain kerana antibiotik ini kuat.

Jam 4.00 petang: Ketika Ustaz Khairil Khuzairi Pegawai Agama Islam HCTM telah datang melawat. Ketika itu doktor memberitahu saya dibenarkan pulang dan diminta datang semula pada 24 Januari untuk meneruskan proses pembedahan pada 26 Januari.



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Di Sini Mungkin Berakhir 24 Januari 2017: Saya melangkah masuk ke wad 5D buat kali ketujuh. Saya membuang resah di koridor wad. Kemesraan petugas wad 5D jelas seperti anak-anak menyambut kepulangan ayah!

Saya bergurau dengan petugas di kaunter jangan tempatkan saya di katil nombor ×€. Dia orang ketawa kerana faham maksud saya kerana malam Jumaat lepas ada seorang lelaki india telah meninggal pada jam 1 pagi.

Proses biasa dilakukan oleh petugas wad. Saya ditempatkan di katil 18 sebelah tingkap. Menarik pemandangan menghala ke Taman Midah.

Doktor memberitahu kuman masih ada namun mereka menunggu pakar kuman untuk redakan keadaan ini. 25 Januari: Jam 8.40 pagi kumpulan doktor pakar yang diketuai oleh Prof Preveen melawat saya. Saya diberitahu pagi esok akan dimasukkan Antibiotik sebelum pembedahan dilakukan. 26 Januari 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Syukur Allah memberi masa untuk bermunajat hingga jam 3 pagi. Jam 2 saya sudah mulai berpuasa.

Jam 4.30 nurse membuat pemeriksaan pagi. Tiada demam. Tekanan darah normal. Gula 7.1, mungkin sebelum itu saya makan biskut...

Jam 5 pagi nurse mamasukkan antibiotik sekitar 200ml. Masalah aliran kurang baik mungkin cecairnya pekat.

Jam 11 pagi nama saya dipanggil untuk ke bilik bedah. 11.30 saya dibawa masuk ke bilik bedah 1 oleh dua orang doktor bius seorang Melayu seorang India.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Ketika itu mereka berbual tentang proses Viva. Mereka sebenarnya doktor yang sedang menyambung pengajian master di Fakulti Perubatan UKM. Mereka tidak tahu saya warga UKM yang faham intipati perbualan itu.




Sesampai dalam bilik bedah saya dipindahkan ke katil terakhir dengan peralatan pembedahan. Doktor India meletakkan corong Oksigen ke mulut dan hidung saya. Doktor wanita memasang alat tekanan darah. Doktor Rizal memberitahu proses menidurkan saya. Jika jarum yang ada tidak berfungsi untuk nyenyakkan saya beliau akan memindahkan ke tempat baru. Cemas juga saya.

Akhirnya saya tidak sedar. Ketika sedar, saya telah berada di bilik pemantauan. Saya nampak petugas bilik bedah dalam samar-samar.

Seorang petugas bertanya samada rasa muntah atau tidak. Saya geleng kepala. Kemudian dia berkata kepada rakannya tekanan darah sudah turun sedikit berbanding sebelumnya 190!

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Setelah stabil saya dibawa balik ke Wad 5D. Keadaan sejuk di bilik bedah hilang. Suhu di luar suam.

Petang itu sekumpulan doktor datang ke katil 18. Katanya batu karang sudah habis dikeluarkan. Kata doktor tiub di saluran kencing sudah boleh dikeluarkan. Esok balik (27 Januari).

Saya berbincang dengan nurse agar tiub itu dicabut keesokkan hari sebab saya kuatir pening ketika hendak masuk ke bilik air. Nurse bersetuju.

Malam saya tidur nyenyak dan bersolat dalam keadaan berbaring.....

Empat hari penuh dengan kelesuan . Pagi 27 Januari saya demam....37 +++ (tak ingat). Surat untuk keluar wad doktor sudah siapkan. Ketika Suraya rakan sepejabat datang belum terasa demam.

Petang selepas balik bersolat Jumaat di Surau HCTM, saya merayu kepada doktor Iraq yang belajar di sini. Dia nak juga saya balik.

Pengalaman Julai 2016 mengajar saya jangan balik. Ketika sdra Firdaus dan ustaz Khairil Pegawai Hal Ehwal Islam HCTM datang ziarah dan kumpulan doktor pakar masuk melawat saya buat rayuan. Saya dibenarkan tinggal lagi di wad. Selepas Maqhrib badan saya menggigil. Suhu badan tinggi. Nurse minta saya mandi. Jangan pakai jeket. Jangan pakai stokin. Malam itu saya diberikan Pracetamol. Tidurlah saya dalam keadaan tidak selesa. Sakit saya tanggung sendirian. 28 Januari: keadaan suhu badan semakin tinggi. Pernah mencecah 39.6. Sekitar jam 12 tengahmalam ketika saya hendak ke bilik air kelihatan di sebuah katil bernombor %€£ (rahsia) keluarga pesakit sedang mengelilinginya. Sedang nazak.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Selepas bersolat Isyak saya pergi ke katil itu dan meminta izin membacakan Yasin. Keadaan pesakit itu dalam sakaratul maut. Seperti orang lain yang pernah saya bantu pemergian mereka, saya berdoa agar dipermudahkan pemergiaan Ahmad Suhaimi. Saya tidur kembali setelah melakukan solat Tahajjut, Taubat, Hajat dan Witir. Maklumlah saya masih lemah.

Jam 5 pagi nurse memberitahu pesakit itu telah meninggal dunia. Arwah mengidap barah prosted.



Hari ini Sdra Ramli dan Kamarul bersama-sama isteri datang menziarah saya. 29 Januari: Oleh kerana saya demam doktor memindahkan saya ke katil 13. Doktor pakar kuman datang membuat pemeriksaan. Tak lama selepas itu nurse memulakan suntikkan antibioatik lebih kurang 200ml.

Cuti panjang kerana Tahun Baru Cina membolehkan isteri dan puteri sulung datang menziarahi saya. Puteri bongsu pula demam dah tiga tak dapat jumpa saya. Mujur kerinduan dapat diselesaikan dengan sidang video. 30 Januari: Hari ini ketika pemeriksaan pagi oleh nurse, demam saya menurun.

Menurut Dr Suren yang melakukan lawatan pagi memberitahu keadaan darah saya ada kuman. Sel darah putih tinggi.

Sekitar jam 9.29 pagi saya pindahkan ke katil 17. Ini kerana demam saya berkurangan. 31 Januari: Hari ini doktor memberitahu mereka perlu habiskan antibiotik untuk dua hari lagi. Saya mungkin discas hari Khamis.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Syukur hari ini ramai pelawat ziarah saya. Pagi Datuk Othman Karim dan Haji Zul. Tengahari Ikhwan dan Khidir. Kemudian Datin Norizan bersama Anne, Juli, Fairuz, Miza, En Radzuan. Terhibur sedikit dengan kehadiran mereka. Seperti biasa isteri dan along datang. 1 Februari: Alhamdulillah hari ini doktor membenarkan saya keluar wad. Pemantauan dengan menyuntik antibiotik berakhir. Seksa juga kesan antibiotiknya. Perut terasa senak. Doktor menyuruh saya minum air banyak.

Insya-Allah catatan pengalaman masuk wad dengan pembedahan buang batu karang tamat untuk setakat ini. Ini kali ketujuh saya masuk wad. Saya berhenti menulis catatan ini.

Pesan saya kepada diri sendiri dan anda, bersabarlah ketika sakit. Ini ujian untuk kita. Terima kasih kepada petugas wad 5D. Bilik bedah HCTM. Anda yang sudi ziarah saya. Keluarga yang sabar dengan dugaan Allah ini. Allah menyayangi kita.

Pembedahan Kecil

Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dalam saluran kencing ke saluran buah pinggang.

Prosesnya mudah dan mengambil masa yang pendek. Walaupun pernah dibuat pada Julai 2015 tetapi traumanya tetap ada. Mana tidaknya tiub dimasukkan menerusi saluran kencing yang sempit.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Prof Dr Praven mengambil tanggungjawab ini dengan dibantu oleh seorang nurse. Stand yang bahannya dibuat dari getah yang bermutu itu dimasukan sewaktu pembedahan pada 26 Januari 2017 lepas bertujuan membesarkan saluran kencing dan saluran buah pinggang agar sisa-sisa batu karang keluar ketika membuang aur kencing.



Ujian Di Bulan Ramadan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesihatan hati. Selepas itu doktor memberitahu keputusan bahawa tahap kesihatan hati saya telah menurun. Doktor memberi surat lampiran untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Canselor Tuanku Jaafar. 6 Jun 2017 baru saya ada kesempatan membawa surat itu ke Klinik Peruabatan 1 untuk membuat temujanji. Jururawat memberitahu tunggu sehingga doktor pakar memberikan tarikh untuk pertemuan pertama.

Allah Masih Menguji Saya.

Kali terakhir saya ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM-atau HUKM) ialah pada 7 November untuk bertemu doktor pakar bagi rawatan susulan selepas pembedahan terakhir pada Januari 2017. Terus terang saya ingin katakan tahap buah pinggang saya berada pada peringkat empat (4).

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Keputusan ini telah saya perolehi sudah lama bukan pada 7 November. Sebelum ini seorang doktor India juga membuat kiraan saya telah berada pada tahap empat. Inilah kenyataan yang wajib saya terima. Inilah kenyataan yang harus saya beritahu kepada keluarga.

Saya keciwa? Oh tidak, saya tidak keciwa dan lemah semangat. Saya masih boleh bangun dan meneruskan kerjaya sebagai Jurufoto di UKM hingga April 2018! Kenapa saya harus keciwa, bukankah penyakit itu pemberian Allah kepada saya. Allah tidak menghukum saya. Tetapi saya yakin Allah sayangkan saya dan hambanya. Saya bersyukur dengan anugerah penyakit ini membolehkan saya memohon ampun kepada-Nya. Saya masih mampu bertemu sesiapa saja untuk memohon ampun dan maaf.

Usah terkejut jika kalian yang bertemu dengan saya akan kelihatan saya masih sihat. Saya mampu tersenyum biar pun senyum itu kalian lihat agak tawar. Saya masih ingat bisikan kepada isteri tercinta "Biar abang mati sebagai Jurufoto".

Saya masih menerima tugasan biar ke mana sajak. Malah dalam keputusan doktor begitu saya yakin Allah masih boleh memulihkan buah pinggang ini. Saya yakin, Allah berkuasa untuk membuat apa saja. Jika saya mati sekali pun bukankah itu pemberian Allah yang maha besar. Bukankah kematian itu yang kita akan tempuhi?

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Ingatlah janji Allah jika kita nak diberikan Rahmat-Nya pasti akan dapat. Saya pernah berdoa ketika di Madinah dan Mekah pada tahun 2016 agar Allah memulihkan kesihatan saya. Ketika itu ada sebulan lagi saya akan dibedah untuk kali kedua pada tahun 2016, seminggu selepas Aidilfitri ❤ Proses pembedahan berjalan dengan lancar. Kali akhir ialah Januari 2017. Biar pun ketika sedar doktor berkata tekanan darah saya 190/ tak ingat. Bayangkan andai lebih 200 mungkin saya tidak menulis catatan ini lagi.

Kira-kira lima bulan dari tarikh ini saya akan menyambut ulangtahun kelahiran 60 tahun.



Saya berdoa agar tarikh 17 April 2018 sempat saya temui.

Syukur kepada Allah, Dia memberi Rahmat-Nya kepada saya untuk bangun setiap awal pagi mendirikan solat Tahajut, Taubat , Hajat dan Witir. Paling tidak dengan kesempatan ini saya berpeluang merayu kepada-Nya. Syukur Allah tetap memberi kekuatan kepada saya. Jika sesekali lemah semangat itu adalah biasa sebagai manusia yang sering diganggu oleh syaitan dan iblis.

Usah Lemah Semangat Ketika Sakit

Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Pada tahun 2000 mata saya menghadapi masalah. Mata sebelah kiri, saya istilahkan sebagai 'buta' sebab tidak mampu melihat kabur dan gelap. Sehingga kini saya melihat dunia yang indah hanya dengan mata kanan.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Pada 16 April 2018 hari akhir saya bertugas dan membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UKM (NC ketika itu), YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Beliau terkejut apabila saya memberitahu masalah mata saya. Apa tidak terkejut sebab sepanjang bertugas membuat liputan gambar ke mana saja beliau pergi, saya melakukan kerja seperti tiada masalah.

Sepanjang saya bertugas di UKM banyak kejayaan saya capai. Paling membawa kenangan tahin 2017 saya diberi Anugerah Bitara Kecemerlangan dan pada tahun 2018 saya disemat Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada hujung tahun 2014 saya diberitahu oleh di Poliklinik UKM bahawa buah pinggang telah lemah dan perlu dirujuk dengan doktor pakar. Pertengahan tahun 2015 saya menjalani satu pembedahan agak besar membuang batu karang sebesar hampir 3cm selama enam jam di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz/Pusat Perubatan UKM (HCTM). Siri pembedahan telah saya jalani selepas itu pada tahun 2016 dan 2017.

Pada tahun 2018 saya terus membuat rawatan di HCTM yang akhir pada bulan April 2019 doktor pakar buah pinggang meminta saya mengikuti taklimat proses dialisis.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kuasa Allah siapa tahu. Bulan Julai 2019 saya dan isteri dijemput oleh Allah menunaikan fardu Haji pada musim 1440. Secara jujur saya beritahu saya dan isteri menunai haji dengan pakej swasta Tabung Haji. Kami menggunakan wang hasil bersara. Rezeki yang ada kami korban demi tuntutan Allah. Jika kami tak ambil kesempatan ini maka kemungkinan besar tiada lagi peluang menunaikan fardu haji. Pesakit buah pinggang tidak boleh menunaikan haji. 6 Disember 2019 ketika saya bertemu doktor pakar Hati, beliau terkejut kerana tahap prestasi Buah Pinggang saya telah lemah sangat. Doktor mengarahkan saya masuk wad rawatan Buah Pinggang. Hari itu sebenarnya kami bersedia nak balik Kedah. Hotel dah tempat untuk 4 malam.

Selepas Asar 6 Disember saya melalui memasukkan tiub di leher. Selepas Maqhrib saya dengan rasminya menjalani proses dialisis yang pertama selama dua jam di HCTM.



Demikianlah perjalanan kehidupan saya sebagi pesakit yang berkaitan mata dan buah pinggang. Kenapa saya menulis di sini. Adakah saya telah keciwa. Allahuakbar tidak sama sekali. Saya yakin ia satu ujian Allah buat saya.

Selepas balik menunai haji ada orang bertanya apakah saya tak perlu menjalani rawatan dialisis lagi? Maklumlah saya sudah sampai Padang Arafah, Mina, Baitullah dan Raudah. Adakah doa-doa saya di sana telah dimakbulkan oleh Allah.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Baik, kita sebagai hamba Allah jangan berburuk sangka terhadap-Nya. Dalam banyak hal saya fikir Allah telah memakbulkan doa saya misalnya ketika saya melawat Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru pada bulan November 2019 tiada kejadian yang merbahaya terjadi. Ketika saya nak balik Kedah saya dihalang dengan masuk wad. Kalau saya teruskan juga perjalanan jauh tersebut dan terjadi sesuatu sudah pasti amat merbahaya.

Malah sekarang saya menjalani rawatan Dialisis dengan mudah tanpa sebarang komplikasi buruk.

Ingat pada Kekuatan Solat Lima Waktu,Tahajut, Witir, Taubat dan Duha. Percayalah pada kehebatan Zakat, Wakaf dan Sedekah.

Maaf saya menulis agak panjang bab saya sebagai pesakit kronik. Bukan nak minta sempati jauh sekali menunjuk-nunjuk. Saya ingin memberikan motivasi bahawa selagi Allah berkehendakan kita terus hidup, kita akan hidup! Kerana dengan panjangnya usia kita akan memboleh dakwah diteruskan walaupun hanya kepada keluarga.

Jika Allah hendak matikan saya sudah pasti saya akan meninggal dunia di Mekah atau Madinah pada tahun 2016 dan 2018 (saya tunai umrah) atau pada tahun 2019 ketika menunaikan haji.

Alhamdulillah sehingga kini saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini. Malah di bulan Ramadan mampu menjadi Imam Tarawikh dan membuat tazkirah online FB bersama anak-anak dan anak-anak saudara.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Tulisan ini saya ingin memberi motivasi kepada semua pesakit kronik dan sesiapa saja yang sedang menghadapi masalah pesakit Corona Covid-19 dan mereka yang terkesan kerana wabak Covid.

Kita hendaklah redho dengan ujian Allah dan jangan buruk sangka dengan Allah. Allah tak akan beri ujian kepada kita jika tidak mampu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a. Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, Baginda bersabda "Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya" (Riwayat Muslim)

Saya Manusia Yang Lemah

Subuh 26 November 2019 saya telah menulis di halaman Facebook "Saya akan meninggalkan dunia fotografi" Bergegar wall FB dengan reaksi rakan-rakan termasuk mereka yang tidak pernah saya kenali di alam nyata.



Amy Anissah adalah orang pertama memberikan reaksi terkejut. Saya tak tahu apakah waktu beliau sedang berada di corong radio atau tidak kerana Amy adalah DJ radio yang pernah menjadi pelajar saya suatu masa dulu.

Saya menangis sebenarnya selepas itu tanpa diketahui oleh sesiapa. Saya pegang telefon pintar dengan lenangan air mata sambil berbisik, "sudah sampai masanya aku pergi dari dunia fotografi yang telah banyak meninggalkan rezeki".

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Fotografi juga telah mengkayakan saya sehingga telah berjaya membawa saya dan keluarga menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebanyak tiga kali. Fotografi pernah membawa saya menjelajah ke beberapa tempat di dunia ini secara percuma.

Bukan kerana saya telah menunaikan haji lantaran membuatkan tindakan ini. Bukan. Malah saya masih berkata bidang fotografi yang saya ceburi tidak mengadunkan unsur-unsur haram. Malahan jika dilihat ustaz Azhar Idrus sendiri meminati fotografi.

Fotografi saya pelajari sejak tahun 1977. Hujung tahun 1977 saya tamat belajar. Saya memulakan kerjaya dalam bidang fotografi adalah pada 5 November 1979. Mengejutkan apabila saya membuat keputusan meninggalkan fotografi adalah pada 26 November.

Tarikh-tarikh ini terjadi setahun selepas balik dari menunaikan umrah. Manakala itu ia akan genap tiga bulan balik dari menunaikan haji. Percayalah keputusan ini telah saya pertimbangkan sejak setahun lalu selepas bersara dari UKM. Lebih mendalam ketika saya berada di Tanah Suci. Hasrat meninggalkan dunia fotografi semakin hebat.

Selain itu mata saya semakin kurang jelas kini. Mata yang banyak menghasilkan gambar- gambar selama ini tinggal sebelah sahaja yang boleh digunakan. Saya menangis tak siapa tahu setiap kali mengenangkan nasib mata saya. Saya hanya mampu melihat menggunakan sebelah kanan. Saya mengidap masalah mata bocor yang istilah sebagai PCB. Saya redho.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Izinkan saya berehat dengan menumpukan masa bersara dengan aktiviti keagamaan. Saya akan teruskan aktiviti ziarah keluarga selaku terdaya. Terlalu sukar saya mengalami semua ini namun Allah telah menentukan keselesaan hidup saya telah sampai hadnya.

Izinkan saya memenuhi hasrat arwah ayah untuk melihat menjadi 'orang pondok'. Malah tidak mustahil jika saya ke arah itu.

Walau bagaimana pun saya harap kepada sesiapa yang telah belajar ilmu foto dengan saya akan terus mengamalkan secara halal.

Warkah Dari Hospital -1

Assalamualiakum. Hari ini saya sihat sedikit dan boleh buka mata setelah dimasukkan antibiotik dua botol. Ujian swap Covid saya negatif.

Namun pengalaman disaring di wad khas amat menyedihkan. Keluarga tidak boleh berjumpa. Petugas wad begitu berhati-hati dengan pakiaan khas. Doktor hanya buat temuramah menerusi telefon.



Saya telah diberitahu jika positif akan ditempatkan di Sungai Buloh sehingga sembuh. Saya telah berpesan kepada keluarga andai tidak kembàli, semalam adalah pertemuan kami yang terakhir.

Oleh itu diharap tuan/puan dapat mematuhi SOP. Terima kasih petugas barisan hadapan di HCTM,/ PPUKM. Anda hero.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Pada hemat saya apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan namun waspadalah kerana rata- rata pesakit yang disaring berusia 60 tahun ke atas. Mereka cukup lemah dan menyedihkan.

Allah memberikan gambaran jelas kepada saya bahawa jika dijangkiti Covid cukup menyiksakan. Belum lagi kira ambil kira soal emosi yang cukup tertekan. Allah mendengar doa kita. Terima kasih doa tuan/puan.

Dari wad khas HCTM.

Warkah Dari Hospital-2

Renungan

Sahabat mari saya kongsi pengalaman di hospital kali ini. Entah kesepuluh atau kelimabelas saya menghuni di wad-wad hospital ini, saya sudah lupa.

Menghuni di wad umpama berada di pinggir Alam Barzah. Wang yang banyak di bank tiada makna pun. Kalau bawa pun makanan hospital sahaja yang kita makan.

Petugas wad bersikap baik kerana mereka bertugas untuk kita. Tapi apabila mereka hendak cucuk jarum, hendak bedah tanpa belas kasihan mereka akan buat. Itu tugas mereka. Jika petugas Islam sudah pasti ada juga bacaan Bismillah. Itu manusia yang ada sifat kesihan belas. Malaikat Maut bagaimana?

Kadang kala kita yang akan dibius sedang menderita melawan emosi, petugas masih bersembang macam biasa sebab sudah tentu mereka stress bekerja.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Tambahan di zaman Covid mereka berdepan dengan resiko cukup tinggi. Belum lagi ragam pesakit ada yang masih degil ketika sedang dikuarantin.

Walapun sebenarnya masuk hospital bukan bermakna kita akan mati tapi mati itu pasti datang.

Apa yang kita kena buat jika masih sihat dan tidak pernah sakit teruk? 1. Bersolatlah. Berjemaahlah di masjid atau surau. Menitis air mata apabila mendengar azan sedangkan kita sedang sakit. 2. Ketika sihat kita boleh solat dengan sempurna. Belajarlah cara-cara solat ketika sakit. *Cara duduk, cara berbaring*.

Pengalaman melihat pesakit Islam langsung tak boleh atau tak mahu solat ketika sakit sedangkan mereka masih boleh berjalan, makan dan bercakap. Cukup sedih.

Di Malaysia majoriti petugas hospital adalah Islam. Malah ada yang lulusan pengajian agama. Mereka ini mampu membantu kita. Amat malang jika tiada keinsafan.



Belum lagi jika saya sentuh hal zakat, wakaf, sedekah, membaca Al Quran. Sebab ketika kita tiba di Alam Barzah solat yang akan dinilai oleh Allah.

Jika anda sakit anda tidak rugi atau malang tetapi Allah memperlihatkan wajah-wajah bakal penghuni syurga atau neraka. Namun segala-gala hak Allah. Insaflah.

Warkah Dari Hospital-3

Terima kasih dan syabas kepada KKM dengan SOP Covid yang dilaksanakan di tempat awam dan di hospital.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kasihan juga melihat petugas yang bertegas dengan pesakit degil nak melanggar garisan zon larangan.

Kita harap jika ada yang dimasukkan ke zon saringan bersabar dan patuh segala peraturan. Kepada waris sebaik-baiknya usah datang ziarah resiko amat tinggi.

Bayangkan petugas wajib pakai baju khas jika hendak masuk ke zon khas. Bayangkan selepas dia periksa orang lain dan datang periksa kita pula.

Paling menyeramkan dan sedih apabila pesakit yang seiring di Swap dengan kita dan dapat keputusan kemudian disurung dengan troli Covid.

Apakah itu perjalanan terakhirnya? Allahuakbar. Semuanya takdir Allah.

Warkah Dari Hospital-4

Sahabat, siapa yang mahu sakit? Saya pun begitu juga semasa muda dulu cukup gerun dengan penyakit jantung, barah, diabetes, leukimia. Arwah ayah saya diabetes, arwah mak saya leukimia.

Isteri saya ada penyakit, biar saya rahsiakan sebab itu hak peribadi beliau yang tidak elok saya ceritakan kecuali saya yang ingin berterus terang supaya menjadi panduan orang lain. Ramai orang fikir saya tak jaga kesihatan sebab itu saya sakit. Maaf sahabat penyakit ini anugerah Allah. Kita harus reda dan bersyukur jika sudah berpenyakit jangan menyusahkan orang lain.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kita yakin semua yng hidup akan mati. Sebab itu kisah seorang pemuda meminta di hantar ke India oleh nabi Sulaiman dengan menggunakan kuasa angin. Ketika itu nabi Suliaman ternampak wajah malaikat maut. Setelah sampai di India, pemuda itu meninggal dunia. Fahamlah nabi Sulaiman bahawa pemuda itu telah tiba hari kematiannya (rujuk kitab Imam Al Qutubi 'Rahsia Kematian'.)

Kita hargai jasa petugas perubatan yang merawat kita namun kita jangan lupa kuasa Allah. Sebab itu setiap khutbah Jumaat wajib mengingati tentang tawakal.

Apa persiapan kita jika masih sihat untuk bersedia jika berlaku serangan penyakit:



1. Jangan abaikan Allah. Lakukan apa sahaja perintah Allah. Tunaikan dengan istiqamah segala rukun lima Islam. 2. Lakukan solat wajib dengan betul. Amalkan solat sunat seperti Duha, Tahajjut, Hajat, Witir dan lain-lain kerana ketika kita sakit solat sunat payah kita nak lakukan. Tetapi jika menjadi amalan kita maka ketika sakitlah banyak peluang dilakukan. Umpamanya jika masih larat bangun kita lakukan di sisi katil hospital. 3. Banyak membaca Al Quran kerana bila sudah uzur mata pun dah tak nampak. Menyebut huruf pun ada yang betul. Bayangkan ada kes keluarga hanya memasang bacaan Yasin dari telefon ketika suami sedang nazak di katil hospital. Saya sedih tapi atas sifat kemanusiaan walaupun saya sedang demam, saya tolong bacakan.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Baca Quran bukan bermaksud pesakit saja itu kena baca tetapi keluarga pesakit kena baca. Kata ustaz Ahmad Dusuki, jika dah tak boleh baca, rabun dan sebagainya ambil Al Quran dan letakan jejari dan bacalah apa-apa ayat yang kita hafal biar hanya Qulhu. 3. Harta kita untuk siapa? Berzakatlah sahabat, berwakaflah, bersedekahlah. Merayu setiap hamba yang mati agar dihidupkan kembali agar dapat melakukan sedekah atas hartanya. Menyesal insan itu.

Berwasiatlah ketika masih sihat. Jangan mencari harta atau sayang harta tetapi setelah tenat anak-anak sudah mula berebut hinggakan katil nak tidur pun tak ada.

Misalnya jangan berkira dengan wang jika untuk pengajian agama untuk anak-anak. Jangan bandingkan antara ilmu dunia dengan akhirat. Ia sama penting. 4. Anda yang membaca warkah saya adalah sahabat yang bijak dan beriman. Mungkin lebih hebat daripada saya. 5. Pesan saya jika ada keluarga sedang diserang penyakit bawalah jadi insan sempurna. Pandai mengurus orang sakit, pandai baca Quran, tahu apa nak buat jika ibu ayah meninggal di tenahmalam. Belajar cara nak jadi imam solat jenazah jika anak lelaki. Jangan bergaduh. Jika belum bersolat, bersolatlah. Jika belum tutup aurat tutuplah aurat. 6. Dari katil hospital saya sering mendengar raungan pesakit yang sakit Apakah raungan itu sama dengan ahli kubur dan ahli neraka? Jururawat tiada masa nak nasihat kita untuk bersolat. Tapi tahukah sahabat jika kita terlalu uzur nak turun katil pun mereka tak benarkan. Itu SOP nya. Sebab jika kita terjatuh mereka kena menjawab dengan laporan yang lengkap. Ketika masih sihat bawalah menghafal apa-apa doa untuk mengukuhkan iman. Kita sering mendengar ada orang meninggal dalam keadaan terpilih, malam Jumaat, di Madinah, Mekah, tengah solat. Jika kita hendak begitu jadilah orang Islam yang sempurna. Sakit tak pilih siapa. Ada yang kata dia jaga makan, jaga senaman di hujung kehidupan dia sakit juga.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Ada waktunya katil hospital menginsafkan kita tapi sejadah juga tempat kita bermunajat. Ubat bukan penyembuh tapi iman yang menentukan kita mati dengan sempurna. Ketika sedang nazak orang yang paling disayangi tidak mungkin berada di sisi kita tapi yakinlah Allah sentiasa bersama kita. 7C katil 7 HCTM.4 pagi.



Pesakit Dialisis Bukan Bermakna Berada Di Hujung Hayat.

Mesin pencuci darah adalah ikhtiar untuk sihat disamping berdoa agar Allah memudahkan urusan sepanjang usia yang masih ada.

Apabila saya membuat dialisis sejak setahun lalu ada rakan-rakan yang bersimpati dengan mencadangkan berbagai ubat/suplement. Malah entah dedaun apa juga telah disyorkan.

Beginilah untuk memahamkan kepada yang tidak merasainya. Doktor mengatakan bahawa tahap buah pinggang sudah rosak ialah apabila taraf Creatininie telah tinggi. Taraf normal ialah 55-115 umol/L.

Jika berada pada paras lebih dari itu maka doktor sudah membuat pengawalan setiap 3 bulan.

Kami akan dibuat ujian darah tiga bulan sekali. Paras Protin, Potosium, Urid Asid, gula, Hemogelobin, Sel darah putih. Banyak lagi jika nak disenaraikan.

Oleh itu memakan entah apa-apa ubat atau suplement bukanlah penentu pesakit tidak perlu dialisis lagi. Malah resiko untuk dilebih parah akan terjadi.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Bayangkan pemakanan kami diambil kira. Tak semua sayur, buah boleh dimakan. Daging dan berbagai lagi harus diminimumkan pengambilannya.

Bayangkanlah jika kita memakan ubat-ubat yang yang tidak diiktiraf apa akan jadi pada darah, jantung, paru-paru dan hati. Sebab buah pinggang yang lemah sudah pasti akan membuatkan organ lain jadi lemah.

Tidak semua pesakit dialisis mati kerana kerosakan buah pinggang rosak tapi kerana kesan kepada organ-organ lain.

Oleh itu langkah terbaik ikut nasihat doktor, makan kena jaga, kawal jumlah air dalam badan, ikut jadual buat dialisis.

Berdoa kepada Allah kerana biarlah mati dijauhkan dari fitnah. Semoga melawan sakit dalam iman, mati dalam Islam.

Penyakit Hilang Ingatan

Setelah memasuki usia emas, saya ada satu perkara yang hendak dikongsikan iaitu masalah hilang ingatan. Tambahan bagi kita yang ada penyakit kronik atau yang melibatkan kemurungan.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Boleh dicam jika kita tahu bagaimana ianya terjadi. Ia amat merbahaya jika terjadi di luar rumah tidak tahu hendak balik ke rumah. Jika ini terjadi maka seseorang itu akan hilang terus ingatan dia tentang dirinya. Sering terjadi juga kepada mereka yang kemalangan namun apa yang saya hendak sentuh ialah hilang ingatan akibat tekanan hidup berpunca kerana penyakit, masalah peribadi, masalah keluarga. Saya sentuh hal ini kerana ada sahabat dan keluarga sebelah isteri saya jadi begitu dan hingga kini terus hilang identitinya. Perubatan menyebut penyakit Alzheimer kita sebut nyanyuk.



Dikatakan otak kecut. Rakan-rakan bidang perubatan boleh membantu saya menghuraikan masalah ini. Oleh itu ada beberapa perkara perlu dielak sebelum terjadi: 1. Kawal emosi. Jangan biar kemurungan yang ada dalam diri kita. Bergembiralah dengan isteri atau suami, keluarga dan rakan-rakan. 2. Enjoy dengan kerjaya walaupun anda tidak suka. 3. Banyakkan membaca Quran, zikir, membaca buku-buku. 4. Masalah orang jangan difikir. Kalau tidak mampu membantu tolong carikan orang mampu menolong. 5. Sentiasa memaafkan orang buat salah dengan kita dan minta maaf jika kita ada buat salah. 6. Ada hutang bayar ikut kemampuan. 7. Ingat Allah sepanjang masa. 8. Ingat bahawa mati itu pasti dan jangan lupa buat persiapan untuk menuju kematian sepanjang masa. Kepada yang ada keluarga atau rakan yang berpotensi begini: 1. Jangan biar dia bersendirian. 2. Bangunkan potensi dirinya. Bagi ucapan penghargaan kepada beliau 3. Hiburkan dia supaya tidak kemurungan 4. Bawa jumpa pakar agama atau perubatan. Sebenarnya ciri-ciri ini banyak terjadi setelah Covid-19 datang. Lebih parah bagi mereka yang berpenyakit kronik.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kesihatan Dan Puasa Ramadan

Sekadar menyentuh Puasa dan Pesakit Kronik. Sebelum datangnya bulan Ramadan saya sudah membuat sedkit soal selidik dengan pesakit yang dah lama (ada yang dah 11tahun) menjalani rawatan dialisis. Mereka kata ikut kemampuan.

Nurse di pusat Dialisis juga memberi panduan, misalnya jika berlaku komplikasi semasa proses cuci darah dilakukan elok berbuka.

Pendapat ilmuan agama Islam juga dirujuk yang mengatakan bahawa boleh tidak berpuasa jika memudaratkan.

Justeru, pendekatan diambil memulakan berpuasa dengan berdoa kepada Allah agar diberi perlindungan serta mengharapkan puasa-puasa terdahulu dapat memberi kekuatan kepada jiwa dan fizikal kepada saya.

Alhamdulillah dengan 'Power of Doa' saya dapat meneruskan puasa sepanjang bulan Ramadan lepas tanpa sebarang gangguan walaupun saya sudah membuat congak bahawa kemungkinan saya akan meninggalkan puasa sebanyak 12 kali.



Allah memudahkan proses rawatan ddialisis bermula seawal jam 6.30 pagi di mana baharu sahaja bersahor kira-kira sejam sebelum itu.

Oleh itu saya merumuskan jika pesakit nasih boleh bertenaga dan kekuatan masih ada maka boleh terus berpuasa disamping itu nasihat pakar harus diambil kira dan pendapat dari ilmuan agama juga usah diabaikan.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Pada hemat saya, jika masih sihat jangan abaikan apa jua ibadat kerana ketika telah datang penyakit sudah pasti Allah akan membantu kerana Dia lebih tahu apa yang kita mampu dan tak mampu lakukan.

Jangan dirisau akan segala-gala kemungkinan kerana bantuan dari Allah adalah pasti! Kehidupan harus diteruskan dengan fikiran yang POSITIF.

Pada 2 Syawal 1441 saya memulakan puasa enam hari bulan Syawal dengan ditemani oleh isteri, AcikMah.

Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara

Anda sihat setelah bersara? Alhamdulillah jika begitu. Tetapi jika sebelum bersara anda sudah ada Darah Tinggi, Deabetes, Jantung Masalah Pernafasan dan lain-lain sebenarnya anda akan melalui titik hitam suatu masa nanti. Bersedialah walaupun anda seorang yang cergas melakukan aktiviti senaman.

Namun jika anda membuat pemantauan kesihatan di hospital Alhamdulillah anda tidak akan melalui kehidupan yang samar. Usia 60an bukan usia untuk bersuka ria dengan apa sahaja perkara seperti usia 20an atau 30an.

Ada kes kawan saya sebulan sebelum bersara jatuh dan terlantar di hospital kerana masalah jantung. Ada kawan saya tiga bulan sebelum bersara dimasukkan ke hospital kerana masalah Deabetes. Seorang kawan saya yang sedang merancang untuk bersara awal, jatuh selepas bermain bedminton dan meninggal. Manakala rakan sepejabat isteri saya pulang ke rumah ketika tengahari jatuh dan meninggal sebelum masuk kerja sesi petang.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Saya bukan hendak menakutkan anda. Kepada yang yang masih muda berwaspadalah dengan kesihatan. Jaga makan, jaga rehat, jaga emosi, jaga amal ibadat. Semua ini antara perkara yang akan membuatkan anda sihat dan bahagia.




Anda menjadi orang kaya selepas bersara? Bila bertemu rakan-rakan anda akan digelar orang kaya baru. Tidak kira yang bekerja dengan kerajaan atau swasta status ini akan dilekatkan pada diri anda.

Dalam catatan kali ini saya hendak menyentuh dengan wang anda. Kenapa saya harus menyentuh kewangan anda? Dengki oh tidak. Wang anda tetap milik anda. Jumlah yang anda dapat mengikut gaji akhir yang anda perolehi ketika bersara. Begitu jika anda bersara dengan menyimpan KWSP.

Setelah saya bersara hampir dua tahun maka satu analisa tentang pentingnya menyimpan untuk peruntukan kesihatan. Ahhh kewangan kerajaan kan ada, itu mungkin bisik hati anda. Ya jika bersara dengan kerajaan ada peruntukan ini. Tapi sejauh mana kelancaran proses untuk memperolehi kewangan ini.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Ada kes-kes penyakit kronik memerlukan kewangan yang lumayan. Misalnya penyakit Barah, Jantung, Paru-paru, Otak, Buah Pinggang. Oleh itu dalam kes-kes begini ia amat memerlukan peruntukan yang tinggi. Jangan cemas jika anda tidak mengidap penyakit seumpama itu.

Harus anda ingat jika Allah hendak menguji kita selepas lima atau sepuluh tahun kita bersara, hospital menjadi tempat utama kunjungan kita selain masjid dan surau. Pada masa itu anda tidak lagi ada masa ke pulau-pulau percutian, hotel-hotel untuk berehat.

Jadi apa harus kita buat dengan wang yang lumayan? Berikut saya berikan cadangan yang mudah jika anda seorang Islam. 1. Simpan dahulu untuk jangkamasa setahun. 2. Gunakan untuk menunaikan haji atau jika nama belum dijemput, rancanglah pergi umrah.




Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

3. Jangan lupa bayar zakat sebaik sahaja dapat wang tersebut. 4. Buat wakaf dengan mana-mana badan yang diiktiraf. Misalnya tabung pembangunan masjid, surau, rumah anak-anak yatim, rumah-rumah orang tua. 5. Simpan untuk urusan kesihatan.

Ingat jika anda berinfak ke jalan Allah wang anda akan terjamin dengan ganjaran pahala yang besar. "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu segaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) : dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-rang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah Al Baqarah 2: 195)

Simpan Untuk Urusan Kesihatan.

Simpanlah wang untuk kesihatan kerana ada masa-masa tertentu anda perlukan wang untuk merawat kesihatan. Pada masa itu misalnya jika bantuan dari pihak-pihak tertentu belum mendapat kelulusan.

Pengalaman saya sejak Disember 2019 peruntukkan kewangan yang tinggi perlu dikeluarkan. Setelah saya wajib membuat Dialisis setiap tiga kali seminggu maka wang simpanan harus disediakan untuk tujuan itu. Saya harus membayar sendiri terlebih dahulu setiap kali Dialisis kepada pusat Homodialisis.

Begitu juga ada seorang rakan yang bekerja swasta harus menanggung kos rawatan yang sama. Kini beliau mendapat pencen terbitan dari Perkeso.

Renungkanlah wahai saudara/i jika terkena kepada anda atau keluarga anda, mesti galap mata memikirkan masalah ini.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kawal Kewangan Anda.

Wang anda tetap wang anda. Sesiapa pun tidak boleh menegur atau menghalang apa yang anda nak buat dengan wang itu.




 Anda nak kawinkan anak dengan perbelanjaan yang besar.  Anda nak besarkan rumah atau nak beli rumah baru?  Anda nak melancong setiap bulan?  Anda nak kawin seorang lagi?  Anda nak beli kereta atau motiskal baharu? Semua itu hak anda. Memang sesiapa tak boleh ganggu. Namun setelah anda sakit dalam tempuh tertentu selepas bersara dan wang dalam simpanan telah kering di mana nak cari lagi sumber kewangan.

Anda boleh berkata, ahh saya tidak akan sakit yang kronik kerana saya jaga kesihatan. Tetapi harus ingat apabila doktor berkata "penyakit pakcik tidak boleh pulih atas faktor penuaan" bagaimana perasaan anda.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Ingat, kemurungan kerana ketiadaan wang ketika sakit lebih merbahaya dari penyakit itu sendiri. Namun harus kita ingat wang juga bukan penyebab kita akan sihat kerana kesihatan itu Allah yang tentukan.

Kemurungan Seorang Pesakit

Kes pertama: Saya diberitahu ada pesakit tiba-tiba mengamuk nak bunuh diri. Setelah dipujuk pesakit dirujuk ke Psikiatri. Puncanya pesakit tersebut tertekan kerana melihat sebutharga rawatannya yang amat tinggi.

Kes kedua: Ada pesakit Buah Pinggang yang menderita jiwa dan bertanya apakah dia boleh sembuh dengan proses Dyalisis setiap tiga kali seminggu.

Kes ketiga: Ada pesakit hilang ingatan kerana anaknya meninggal kerana penyakit barah.

Kisah-kisah di atas saya petik dari peristiwa yang sebenar tapi perlu merahsiakan nama hospital dan nama pesakit. Kebanyakannya mereka saya kenal rapat.

Kemurungan atau tekanan perasaan seorang pesakit fizikal banyak terjadi dewasa ini. Ada yang mengeluarkan kata-kata "kenapa Allah beri penyakit ini kepada saya?". Atau ada yang berkata, "kenapa penyakit ini dihidap oleh anak saya, bukan saya".

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun. (rujukan di sila klik)

Dalam catatan ini saya ingin menumpukan kisah bagi seseorang pesakit. Antaranya ialah pesakit Buah Pinggang, Barah, Jantung, Kencing Manis dan penyakit-penyakit kronik lain.



Ada kes yang saya dengar dalam satu program Radio Sinar FM, pesakit mengaku dia mengalami masalah kemurungan yang serius. Pesakit ini bukan sebarangan kerana dia mempunyai ilmu agama Islam yang tinggi. Ibadat tidak tinggal tetapi jiwanya kacau dan menuju ke arah membunuh diri!

Pengalaman saya apabila doktor di sebuah klinik memberitahu ujian darah saya menunjukan kelemahan Buah Pinggang pada tahun 2014 saya jadi tidak menentu. Setelah dirujuk dengan pakar Nefrologi saya disahkan mempunyai masalah Batu Karang di dalam Buah Pinggang. Tahun 2015 saya dibedah dan Batu Karang sebesar 2.5 cm telah dikeluarkan dengan satu pembedahan besar selama 6 jam.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Sejak tahun 2015 saya menerima rawatan yang berjadual di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM). Beberapa siri pembedahan terus dilakukan oleh doktor HCTM pada tahun 2016 sehingga 2017. Pada tahun 2018 tahap kerosakan Buah Pinggang semakin serius. Pada April 2019 saya telah dinasihatkan oleh doktor pakar HCTM untuk menghadiri sesi taklimat rawatan Buah Pinggang iaitu Dyalisis.

Rezeki saya dengan usaha dan doa kepada Allah pada 24 Julai 2019 saya berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada musim haji 1440H. Kisah ini boleh diikuti di Travellog Dua Tanah Suci.

Pada 6 Disember 2019 bermula kisah saya sebagai Pesakit Buah Pinggang apabila doktor meminta saya menurunkan tandatangan untuk membuat tiub pada dada. Pada jam 8.00 malam saya melalui proses Dyalisis untuk kali pertama selama dua jam.

Perasaan saya tidak terganggu ke? Masakan tidak sebagai manusia yang lemah jiwa tetap terganggu. Semua keistimewaan hidup hilang. Saya tidak boleh menjalani kehidupan bebas seperti sebelum ini. Ia bukan sahaja pada diri saya tetapi isteri dan anak-anak juga terkesan.

Ketika di wad dan pusat Dyalisis jiwa terganggu dengan keadaan pesakit lain. Mereka yang lebih lemah memberi kesan kepada saya. Saya mula terfikir, mungkinkah suatu masa saya terjadi seperti mereka.

Saya rasa pada catatan ini tidak molek untuk menceritakan keresahan saya kepada pembaca. Saya hendak bawa bagaimana saya mengubah kebimbangan kepada keyakinan sejak tahun 2014 hingga sekarang.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Sebagai orang Islam saya bersyukur kerana kita ada Allah. Saya yakin setiap penyakit adalah anugerah Allah. Saya anggap bertuah kerana telah tahu apakah penyakit yang akan membawa saya balik ke Alam Akhirat. Saya yakin penyakit yang datang adalah ujian Allah kerana Dia sayangkan kita. Kita kena yakin setiap Rasul dan Nabi mengidap penyakit tertentu sebagai ujian kepada mereka.

Dalam buku How to Stop Worrying and Start Living; penulisnya Dale Carnegie menulis beberapa langkah menghilangkan kebimbangan: 1. Minda kita dapat hindari perasaan bimbang sekiranya kita sentiasa sibuk. Menyibukkan diri adalah terapi terbaik yang pernah dicipta bagi menyembuhkan penyakit wibber gibbers. 2. Jangan membiarkan hal yang remeh-temeh merosakkan kebahagian kita.



3. Gunakan hukum purata bagi menghilangkan kebimbangan kita. Tanya kepada diri sendiri,"Apakah kejadian yang jarang-jarang berlaku itu boleh terjadi?" 4. Pasrah pada kententuan takdir. Sekiranya kita tahu musibah yang melanda kita itu tidak boleh diubah atau ditukar kerana ia di luar kemampuan kita, katakanlah kepada diri sendiri, "Apabila sudah ditakdirkan begitu. Begitulah jadinya. 5.Tentukan Stop-loss pada kebimbangan kita. Bagi setiap masalah yang menimpa, kita perlu menentukan sendiri setakat mana had maksimum kebimbangan yang dapat kita terima. Sekiranya ia melebihi had itu, lupakan sahaja masalah itu. 6. Usah memikirkan perkara yang sudah lepas. Biarkan ia berlalu pergi.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Dalam hubungan masalah saya, saya ambil pendekatan 1, 2,4 dan 6. Jangan merisaukan jiwa dengan mengenangkan bahawa kalau saya menjaga kesihatan sejak muda pasti Buah Pinggang tidak rosak. Pasrah pada takdir juga satu kekuatan iman yang mampu melatihkan diri kita redho dengan pemberian Allah. Jangan anggap penyakit ini hukuman Allah tapi anugerah yang amat mahal buat kita!

Terdapat banyak rujukan dalam Al Quran dan Hadis yang mampu memberikan ketenangan. Islam mengajar kita bersabar, redho dengan segala ujian. Menerusi catatan Ustaz Hanafi, beliau menekan cara menghadapi penyakitnya (barah). Antaranya ialah kuatkan beribadah, ganti solat fardu yang ditinggalkan.

Dalam bukau The Power of Sedekah tulisan Ustaz Ku Muhamad Asmadi, beliau menulis Sedekah menghindarkan musibah dan menjauhkan kematian yang buruk.

Dr Zaharuddin Abdul Rahman dalam bukunya Sedekah Luar Biasa-Keajaiban Amalan Penarik Rezeki menghuraikan peranan sedekah sebagai Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani atau hati.

Saya senaraikan antara amalan yang mampu dilakukan bagi orang yang belum ditimpa sebarang penyakit (masih sihat). 1. Jangan tinggal amalan wajib. Solat, Puasa, Zakat Fitrah dan Haji (jika mampu). Semua ibadat ini jika masih sihat kita abaikan maka ketika sakit amat berat hendak dilakukan. Bayangkan ketika sakit baru nak solat sedangkan mahu berdiri pun tidak mampu. Mengambil wuduk pun sakit. Puasa wajib juga begitu. Mana mungkin setelah sakit baru nak memulakannya amat berat rasanya. Malah orang yang sakit ada yang tidak diwajibkan berpuasa. Fardu Haji; ada beberapa penyakit yang tidak akan dibenarkan menunaikan fardu haji terutamanya pesakit Buah Pinggang.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Alangkah ruginya jika sudah sakit baru nak memulakan ibadat ini. Namun jika hendak dilakukan setelah bertaubat lakukanlah dengan cara yang termampu kerana Allah itu Maha Pengasih. 2. Perbanyakkan ibadat sunat semasa masih sihat, banyak amalan sunat yang boleh dilakukan antaranya ialah solat Sunat Rawatib.

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Solat



Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu. Solat sunat rawatib umpama dinding yang melengkapi rumah yang telah dibina tiangnya. Solat sunat rawatib lebih afdal dilaksanakan dirumah. Hadis riwayat imam al bukhari dalam sahihnya kitab al jumu’ah no.1180 yang bermaksud “ aku telah menghafal (menjaga) dari nabi saw tentang sepuluh rakaat ( iaitu solah sunat) iaitu 2 rakaat sebelum solat zuhur dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat setelah solat maghrib dirumahnya, 2 rakaat setelah solat isyak dirumahnya dan 2 rakaat sebelum solat subuh”.-Wikipedia

Solat Taubat, Hajat, Tahajut dan Witir mampu memberi kekuatan jiwa ketika sihat mahupun setelah berpenyakit. Ada satu anugerah besar bagi hamba Allah yang hadir di Mahsyar waktu itu iaitu hadiah Qiamulai, yang pernah diamalkan ketika hidup di dunia. Manusia yang sentiasa melaksanakan Qiamulai akan mendapat keringanan dari Allah ta'ala selama dia berdiri dalam panasnya Mahsyar. Keringanan itu sesuai dengan lamanya berdiri ketika melaksanakan Qiamulai.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

RUMUSAN: Lakukanlah ketika kita masih sihat. Ketika sakit InshaAllah ada keringanan pada jiwa-

PETIKAN BUKU MISTERI SOLAT TAHAJJUT MENEMBUS ARASY oleh Djamaluddin Ahmad Al-Bun

Sudah pasti kepada anda yang masih sihat menjaga kesihatan agar tidak menghadapi kemurungan yang serius.

Kepada yang masih sihat ada beberapa panduan jika mengetahui keluarga, sahabat atau kawan sakit: 1. Ziarahlah pesakit ini walaupun hanya lima minit. 2. Cari waktu yang sesuai untuk ziarah. Misalnya waktu yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. 3. Jika pesakit itu tidak sedar, tanya waktu yang sesuai untuk ziarah. Ada masanya waktu-waktu tertentu keluarga menguruskan pesakit untuk membersih tubuh ibu atau ayahnya. 4. Bawa makanan yang sesuai. Misalnya jika ia pesakit barah usus jangan bawa makanan yang keras. 5. Bersederhana dalam perbualan jika di wad kerana ia akan mengganggu pesakit lain. 6. Elak bergambar jika pesakit tak suka. 7. Jangan mencadangkan perubatan lain yang tidak munasabah. Misalnya jika sah pesakit rosak Buah Pinggang jangan cadangkan ubat-ubatan yang tidak dibenarkan oleh doktor. 8. Berdoa kepada pesakit agar ia kembali sembuh atau doa agar keluarga pesakit tabah dengan ujian ini.



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

9. Jangan menggunakan ayat nasihat yang menyinggung perasaan seperti "Sakit ini menghapus dosa" nanti pesakit terasa bahawa dia sakit kerana banyak dosa. 10. Kalau nampak keluarga kita sakit agak kritikal, belajarlah tatacara menguruskan jenazah. Misalnya kedudukan jenazah. Di mana hendak letak kepala atau kaki mengikut arah Qiblat. Belajar cara mandi jenazah. Belajar solat jenazah setidak-tidak kita jadi makmum ketika solat itu. Paling afdal menjadi Imam. 11. Sediakan tilam dan penutup jenazah yang sesuai.

Saya menulis berdasarkan pengalaman melihat orang yang sakit dan mengalami sendiri. Ingatlah tidak semua orang mahu sakit. Namun penyakit itu tidak mungkin dapat dielak jika ia sudah ketentuan Allah. Mengalami sakit antara saya dan orang lain tidaklah sama. Melarikan diri dari penyakit juga ada waktunya kita gagal. Seperti mati, tidak semua orang hidup akan dapat lari kematian.

KEADAAN YANG DISUKAI PADA ORANG YANG MENJELANG AJAL: "Ketahuilah, sesungguhnya yang disukai dari orang yang sedang menjelang ajal ialah ketenteraman dan ketenangan. Dari lidahnya terucap dua kalimat syahadat, dan hatinya adalah ia punya bersangka baik kepada Allah Ta'ala. " Petikan Di Balik Tabir Kematian- IMAM AL-GHAZALI.

Kita sebagai pengidap apa-apa penyakit akan menemui ajal pada bila-bila masa yang Allah tentukan. Meminta mati hukumnya haram. Membunuh diri berdosa besar. Jangan kita kata kenapa penyakit ini datang pada kita. Tetapi bersyukurlah dengan kehadiran penyakit ini kita sudah tahu akan ada penghujung kehidupan. Cuma jangan meramal bila akan mati. "Soal roh itu hak Allah", sabda Rasulullah S.A.W. Kata Ustaz Badli Shah jika sakit minta pada Allah kesembuhannya dan berubat mengikut kaedah yang betul. Tidak mustahil ada penyakit yang akan sembuh.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Malah jika tidak sembuh, ketika mati kelak penyakit akan sembuh juga setelah kita dikuburkan kerana kita tidak membawa penyakit itu ke Alam Barzah. Apa yang kita bawa ialah amalan di dunia. Kebaikan yang kita buat kepada Allah dan makhluk-Nya akan dinilai di sana.

Ayuh mulai hari ini perbanyakkan ibadat, mengingati Allah. Jangan keciwa jika doa kita belum makbul mana tahu di akhirat kelak apa yang kita minta tercapai di sana. Kita orang Islam mengesakan Allah adalah keutamaan semua. Ingat nyawa kita hak Allah. Tubuh kita hak Allah.




Perbanyakkan membaca Al Quran selagi mata masih terang. Jika sebaliknya baca saja ayat- ayat yang kita telah hafal. Keindahan dunia telah Allah ambil sedikit demi sedikit. Bacalah buku-buku tentang akhirat kerana di sana kita akan kekal buat selama-lamanya. InshaAllah ujian hebat yang kita lalui akan menempatkan kita di satu tempat yang indah di alam akhirat.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Arahan Doktor Pada 6 Disember 2019 6 Disember 2019 saya isteri dan puteri bongsu keluar seawal jam 6.30 pagi ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)/PPUKM. Saya ada temujanji klinik hati. Kami keluar awal sebab merancang selepas siap temujanji dengan doktor akan bergerak ke Utara balik ziarah saudara mara dan kawan-kawan di sana.

Saya lega sebab nombor giliran saya naik cepat. Doktor terus bersuara dalam keadaan serius, "Encik U ada pernah jumpa doktor Nefro?". Saya jawab ringkas; "Ada...." Doktor menyambung lagi bahawa Buah Pinggang saya semakin lemah. Cretianen 1,000 lebih ulas doktor. stop




Doktor terus menghubungi klinik pakar Nefro. Doktor di sana meminta saya naik ke wad 6F. Nanti saya buat surat lampiran kata doktor tersebut.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Saya naik ke tingkat 6 HCTM dan bertemu Nurse. Mereka mengambil darah saya dan minta datang semula selepas solat Jumaat. Seperti yang diminta selepas solat Jumaat di surau HCTM saya kembali ke wad 6F bertemu doktor dan memberitahu keputusan ujian darah telah diperolehi.

Diringkaskan cerita selepas solat Asar sekitar jam 5 petang saya menjalani proses IJC dengan memasukkan tiub menerusi dada kanan. Lama jugalah proses ini dilakukan oleh doktor pakar.

Jam 7.30 malam saya dibawa ke bilik Homodyalisis HCTM. Jam 8 malam proses cuci darah berlaku untuk selama 2 jam. Bermulalah kehidupan baharu saya sebagai pesakit Buah Pinggang. Anda kena baca kronori perjalanan hidup saya setelah mendapati Buah Pinggang saya rosak.

Sila baca di tajuk Haji: Doa dan Air Mata dan satu lagi tajuk Ketika Saya Sakit . Di sana saya catatkan kisah penyakit yang dilalui sejak tahun 2014.

Jika anda telah membaca semua itu maka saya ingin mengharapkan agar anda tidak menyamakan masalah saya dengan sesiapa. Jika anda membaca kejayaan saya menunaikan haji jangan jadikan kes saya untuk membuat rayuan dan menjadikan kes saya sebagai rujukan. Usah pula memberitahu Tabung Haji ada orang berjaya pergi menunaikan haji walaupun pesakit Buah Pinggang.

Saya menunaikan haji sebelum membuat proses Dyalisis. Saya ke Tanah Suci ketika saya belum membuat Pestula. Saya masih menganggap kehadiran di Tanah Suci betul-betul kerana jemputan Allah. 6, 8 dan 10 Disember 2019 adalah tarikh dimana setelah genap tiga bulan pulang dari menunaikan haji. Tarikh ini juga mengambil kira tarikh wukuf pada 9 Ogos 2019 genap

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman




empat bulan. Saya akur dengan kehendak takdir dan saya juga telah berjanji kepada Allah setiap kali berdoa kepada-Nya.

Walaupun hakikatnya ketika menunaikan segala rukun umrah dan haji tenaga saya berkurangan namun dengan doa dan izin Allah telah menolong saya.

Saya meneruskan Dyalisis di sebuah pusat Homodyalisis Bandar Baru Bangi setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Jadual kehidupan saya kini perlu berada di Pusat Dyalisis setiap hari tersebut jam 6.30 hingga 11.00 pagi. Saya redho sebab telah bersedia sejak tahun 2014.

Walaupun anda yang mengenali saya secara dekat tidak tahu derita ini. tambahan ketika masih bekerjaya dulu. Malah dua bulan selepas saya menjalani pembedahan besar Buah Pinggang dengan 6 jam dibius, saya telah menerima tugasan ke Kemboja. Saya juga menerima tugasan ke Jakarta empat bulan selepas itu.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Malah ketika saya dibedah pada tahun 2016, sehari selepas itu telah dianugerahkan Anugerah Bitara oleh Universiti Kebangsaan Malaysia bagi ketogeri individu. Banyak anugerah saya cipta dalam derita tak semua orang tahu. Di pejabat rakan-rakan tidak pernah melihat kemurungan saya. Malah, rakan sepejabat adalah orang-orang yang membantu mengubat kemurungan saya.

Kepada isteri, anak-anak dan menantu mereka adalah rakan yang cukup membantu menguatkan semangat saya. Saya mampu melawan semua ini sebab saya telah melalui segala kesusahan sejak berusia 11 tahun. Saya juga pernah menjaga seorang ibu yang mengidap penyakit Leukimia. Malah isteri saya juga mengidap penyakit yang harus saya rahsiakan.

Inshallah saya akan teruskan semua proses Dyalisis ini yang telah dinotakan oleh doktor bagi tempuh seumur hidup. Ada seorang rakan Facebook pernah menulis kepada saya "Adakah proses Dyalisis tak jadi buat selepas balik dari menunai haji? Mana tahu doa tuan di Arafah telah dimakbulkan?"

Bagi saya ketika diarah membuat cuci darah tidak timbul sangkaan buruk terhadap Allah. Kalau saya kena cuci darah bukan bermakna doa-doa di Arafah, depan Baitullah dan di mana saja tidak makbul. Saya beranggapan Allah tetap akan memberikan yang terbaik walaupun kini terpaksa melawan derita batin, sakit tangan dan anggota lain. Alhamdulillah segala derita ini saya lalui kerana saya percaya setiap penyakit ada ubatnya.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Saya ada menulis di FB pada 7 Januari 2020 yang berbunyi "Jika kita telah didapati ada tanda-tanda awal penyakit seperti Darah Tinggi, Kencing Manis Jantung dan sebagainya maka harus bersedia dalam jangkamasa 4 hingga 10 tahun kemungkinan terjadi lebih serius. Buat pemeriksaan ikut arahan doktor. Belajar menghadapi kenyataan. Ubah gaya hidup. Kuatkan semangat dengan bersedia menempuh situasi lebih serius. Kebiasaannya penyakit fizikal tidak seteruk mana tapi kawalan emosi harus kuat. Ingat! Ujian kesakitan tidak sama dengan orang lain. Allah tak uji jika kita tak mampu. Namun Allah tetap menguji untuk menguatkan daya tahan kita. Mungkin ujian di dunia lebih teruk tetapi di akhirat kita mendapat keringanan kerana redho dengan ujian Allah. Selalulah anggap ujian itu anugerah Allah yang orang lain tidak dapat. Orang yang tak sakit tak pernah mengerti makna penyakit itu penghapus dosa tetapi sebelum jatuh sakit belajarlah bertaubat untuk menghapus dosa.



Kita telah bersedia?"

Biar saya meneruskan proses merawat penyakit saya. Inshaallah jika saya ada masa, saya akan terus menulis bagi memberi panduan agar orang lain sihat. Sayangi Buah Pinggang Kita. Ketika meneruskan kehidupan ini yang saya tak pasti sampai bila? pastinya jika ada catatan pun hanyalah pengalaman boleh dikongsi bersama. Terima kasih kepada keluarga (isteri,anak-anak dan menantu) yang banyak menyokong saya. Terima kasih kepada yang menziarahi saya. Malah ada Hero Yang Tidak Saya Dendang sering menziarahi saya sejak tahun 2015 hingga kini. Ada sahabat yang lebih dari saudara kandung mendekati saya sejak lama. Rakan-rakan FB yang mendoakan buat saya, Like status saya. Anda yang sudi membaca setiap catatan saya.

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Saya sering berpegang pada prinsip "Doktor dan petugas perubatan hanya hamba Allah yang jujur merawat saya. Yang akan menyembuhkan saya dan semua orang hanyalah Allah". 28 Disember 2019

Sebenarnya malam tadi dah stabil. Selepas doktor berusaha tebuk leher kanan saya gagal saya dah mula cemas. Masalahnya apa dia sembang saya faham kecuali istilah perubatan. Tak apa doktor buat? Mereka berusaha yang sebelah kiri. Ayat paling Win doktor kata ok saya cucuk ubat tahan sakit ye....lepas itu gilu je masuk tiub 16cm. Takpalah tiub ke Buah Pinggang lagi panjang 36cm. Syusssss masuk. Syittt terasalah pedih. Selesai setelah sejam saya bangun macam orang mamai. Alaaah prosesnya macam jumpa doktor gigi je. Malam buat Dialisis. Suuup dapat buat 2 jam 20 minit saya pening. Misi call doktor kemudian dia stop cuci darah. Sepanjang malam tadi saya tidur lena teringat macam-macam. Pesan saya jagalah Buah Pinggang. Jangan banyak makan makanan proses. Jangan banyak minum manis. *Gambar sekadar hiasan



Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Rujukan:

1. Al Quran dan Hadis
2. Indahnya Amaln Berdoa, Dato' Ismail Kamus-Telaga Biru, 2010
3. Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid, Telaga Biru 2009.
4. Indahnya Amalan Berdoa, Dato' Ismail Kamus-Telaga Biru, 2010.
5- Di Balik Tabir Kematian, Imam Al-Ghazali, Pusataka Al Ehsan,2013
6. Aku Sakit Dia Penyembuh, Ustaz Sharhan Safie-Al-Ruqyah Thobibi,2014
7. Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy, Djamluddin Ahmad Al-Buni, Al-Hidayah, 2014
8. Sedekah Luar Biasa, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Telaga Biru, 2015
9. Anda Sakit, Maka Bersedekahlah, Muhammad Luqman, Jasmin. 2016
10. The Power Of Sedekah Ku Muhamad Asmadi, Pusataka Al-Ehsan, 2017
11. Rahsia Kematian Alam Akhirat dan Kiamat, Imam Al -Qurtubu, Al Hidayah, 2019
 

Kuasa Doa
Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Siapa mahu sakit? Sudah tentu tidak. Jika telah mengidap penyakit kronik maka kita kena reda.

Penyakit adalah anugerah Allah. Oleh itu jangan buruk sangka dengan Allah. Maka berubatlah dengan penuh takwa. Bertawakallah dengan Allah. Berdoa adalah  ubat paling mustajab.

Apa saja yang kita alami ia adalah ujian dari Allah. Kita wajib menjaga iman agar tidak terpesong.
Jangan sesekali menyebut, mengeluh dan apa saja "kenapa Allah letakkan penyakit ini kepada kita". Itu buruk sangka namanya.

Sebelum kita dilahirkan zuriat kita adalah yang terkuat dari air mani ayah kita. Kita dikandungkan ibu dalam tempuh sembilan bulan sepuluh hari dalam rahimnya yang lembut. Akhirnya kita lahir menjadi manusia gagah samada lelaki atau wanita. Kita kuat.

Penyakit ini adalah sebahagian ujian menuju ke alam akhirat. Jika  meminta maka mintalah kepada Allah walaupun hingga akhir hayat. Jangan lakukan rawatan yang boleh mensyirikkan kita.

Haji Abd Raai bin Osman P.J.K